Sunday, January 25, 2026

Time flies, was it 12 years already???

 Well, well, well...

TBH I lupa yang I was once ada blog LOL

Teruk sangat ke life aku kat medschool sampai the last time I posted here was in 2014, gosh, it was freakinn 12 years ago. hahaha

Well peeps, long story short, if there are any alienated beings tersesat here reading my bersawang blog, surprise surprise, your gal has become a doctor ;) 

(well graduated 7 years ago LOL) 

This may contain: a woman in a lab coat with her eyes closed and one hand on her hip

Probably will be visiting here quite often starting from today.

Till then, chowsinci muaxx

Monday, May 12, 2014

I believe

Even someone who is so focus, can get out of line.
Why?
because along the way she forgot the reason why she stepped in the first place.
She forgot why she is here.
She forgot why she really want this before.
She forgot why she was very hardworking.
She closed her eyes.

Then, her eyes were sealed. 
She can't see the past. And the future.
She can't get her feet on the ground.
Because she was afraid to stand up.
She was afraid she might fall.
So she decided to sit.
Waiting for someone to lend a hand.

She waited and waited.
After so many days and months passed,
no one even bother to take her hand.

She thought of doing something.
"Maybe anyone around me didn't know that I need helps"
So, she shouted.
Out loud.
So that someone would hear it.

Until one day,
she was about to give up,
Someone came.
He whispered, 
"I'd been watching you from afar for too long"
He took her hands, and guided her to the destination.

Before He let her hands go,
He said,
"If you need anything, just anything,
look for me, 
I'll be there.
I'll will always watch over you"

"So, don't be discouraged and don't be sad, 
when you are among the Believers"


p/s: Counting days for Ramadan. May Allah lead us to the holy month insyaAllah.

Saturday, May 10, 2014

After-exam talk

Wihuuuu~

One more paper to go!



Hari tu, aku scroll balik posts lama, bosan gila aku ni sebenarnya.
Most of my posts aku cakap pasal exams, asal aku post entry baru ja, mesti aku nak exam/tengah exam etc.
Mengakulah Syifa, ko nerd kan? Hahaha

Tapi kan the main reason why banyak post aku banyak pasal exams sebab masa nak exam lah aku tiba-tiba rajin nak buat semua benda walhal study tak habis-habis lagi. Masa nak exam lah aku menggatal nak menaip kat blog, tangan gatal ja nak berfacebook messenger dengan rakyat jelata, nak vacuum satu rumah, dan membasuh semua baju yang lansung tidak bersalah di dalam almari dan nak menghabiskan cerita korea sebanyak 16 episod dalam satu hari.
Syaitonirojim semua tu. hailaa..

teachingliteracy:

(by Caroline VB.)

Imam.
What is Imam? Define Imam.
(Mohon semua still tidak panas bontot)
Banyaklah kan dari segi falsafah dan bahasa mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka semua tu.
Tapi dari sudut aku adalah orang yang mengetuai, those who lead.

Dulu, masa darjah dua kan, aku sekolah sesi petang. So, pergi sekolah pukul 12.50pm dan waktu zohor masuk pukul 1 lebih macam tu, so, aku selaku anak didikan Pasti Al Ahmadi Kg Cherang, akan menggulung kain telekung lalu disumbatkan ke dalam beg untuk dibawa ke sekolah. Kemain telekung nak yang sulam bagai, tak nak kalah dengan anak Cik Piah tukang jahit uolls. Ok nak dijadikan cerita, kami akan pergi ke musolla sekolah untuk solat zohor. Since masa subjek PAI ustazah cakap solat berjemaah dapat pahala banyak, kami pon nak lah mempraktikkannya, gila kau tak nak pahala banyak? tapi masa nak pilih Imam, kami semua blurr, sapa yang patut jadi Imam? Maka rakyat marhaen pon sebulat suara bersepakat, "Syifa! Mu jadi imam lah. Mu kan dapat nombor satu periksa hari tu!"

Dan aku pon dengan mendabik dada menyahut seruan menjadi imam kepada rakan-rakan se'batch' tahun dua pada ketika itu. Dengan alasan aku paling layak jadi Imam sebab aku dapat nombor satu dalam kelas. O yeah. To think about it, even kids know how to pick the leader (bukan nak brag. sumpah bukan bragging)
Even for pure and innocent minds, they chose a leader based on knowledge. Get it? Kenapa orang yang nombor satu yang layak jadi imam? Sebab dia paling berpengetahuan. So, a leader should be someone who knows thing, the most matured of all and dalam konteks lebih dewasa, orang yang paling arif dalam sesuatu bidang kerja. We don't randomly pick anyone to become leaders because a leader will lead the whole organisation. Rosak leader, rosak lah followers. Simple.

So makin dewasa ni (gituh) semakin faham betapa pentingnya seorang ketua dan betapa beratnya beban seorang ketua. Kenapa? Ramai orang boleh menyalahkan ketua jika berlaku ketidakadilan di hadapan Allah swt nanti. And if I am a leader, I can't imagine to even think about what am I going to say to Him. 

Natijahnya, jika sekarang orang nak pick aku jadi Imam solat fardu, terus aku dapat rasakan adrenaline rush dalam badan aku yang memang dup dap dup dap, kadang-kadang rasa dapat tachycardia. Kalau boleh aku akan menolak jika adanya orang yang lagi layak menjadi Imam. That is my personal opinion lah. Sebab aku takut dengan amanah. Sangat. Nak jaga Amanah Rakyat yang satu ni pun ketaq lutut cek apatah lagi nak menjaga yang lagi tinggi yakni amanah Allah. 


Astargfirullah. Mari istighfar ramai-ramai.

Thursday, May 8, 2014

Miss me not

Missing you.

I miss the time when I woke up where the only thing in my mind was 'Am I too late for Dragonball?'
I miss the time when I waited for after Asar, so that i can go to the field, met up with neighbors, and start to play hide-and-seek, polis sentri, lompat getah and so many more traditonal games.

And today, the frequent thing that came to my thought after I woke up was 'I haven't finish studying yet'

So nerd.

I will never define myself as a nerd because I know so many things outside the circle of my course (not sure whether it is good or bad)  Well, the main point is, I said I wanted to update blog more frequent yet I never manage to do so. *sorry peeps

I'm going to Italy on 14th of May. Mmmm,, I am not really excited because fears surpass everything.
I want to do well. Really well.. So that I have no regrets. Hate regrets.
And I am going to return home on 12th June. InsyaAllah.

I am going to move out from my current apartment by the end of this month. To where? A house of course!!
InsyaAllah, 56 Wilton Court, Cork.

I haven't finish studying for my Clinical Examination paper tomorrow. So I have to go now. 

Flowers at Blarney Castle. Spring 2014

Till then folks.
Miss me not.

Wednesday, March 26, 2014

LOL Hello all

Wow I can't believe that the last time I updated this blog was three months ago.
I guess what they say about Medic life was true after all.

How am I?
I am fine, really fine.
I start to love my life, my routines and my environment.
I am very sure that it will get tougher,
but hey I still alive am I =)

I got exams tomorrow.
Biochemistry and physiology. 
Pray for me will ya?

I will try my best to update this site again, hopefully soon.

Sunday, December 8, 2013

It's been 3 months since I left Malaysia

Assalamualaikum 

There there,,, finally after months I'd been dealing with my laptop's problems, today I am able to write a post which is a tremendous achievement for me! Yeayyyyy! 

Alhamdulillah, dapat lagi bernafas di bumi Ireland setelah 3 bulan lebih bermastautin di sini tanpa sebarang major physical or mental injuries. It is a good thing.

Cuma pengumuman kecil, cuti winter baru sahaja bermula! Dan sudah ramai kawan-kawan yang mula bermusafir dan bertebaran di muka bumi Allah mencari Ibrah. Ada yang ke Sepanyol, ada yang ke Turki dan ada yang ke Austria.. Alhamdulillah,, semoga kesaksian kami merantau mencari pengalaman akan mendewasakan jiwa-jiwa muda kami supaya dapat melihat Islam sebagai agama yang syumul. InsyaAllah?

Syifa pergi mana winter break ni? =P

Aku insyaAllah akan bermusafir ke United Kingdom dan France. InsyaAllah =)

Cuba tekan tab kat atas pada kotak 'dreamjar'
One of my dreams is to visit Paris and Eiffel Tower with my beloved.
And insyaAllah will be going to Paris with my 'beloveds'. Dua orang pulak tu. Jackpot!
Hehehe~

So, umi and abah, have a safe flight to London, and semoga segala urusan umi dan abah dipermudahkan Allah SWT. My first winter break would become very meaningful because I will be spending time with my cinta hati di bumi Eropah! Alhamdulillah =)

p/s: Hari Khamis yang lepas sempat pergi berpiknik di Blarney Castle. So pretty!



Wednesday, October 30, 2013

Oh why why why

Bismillah,

Ya Allah rasa lama sangat tak update blog... Bukan malas ek, sebabnya ntah kenapa my laptop tak boleh buka 'new post'. Bila tekan ja, dia macam keluar ads yang ntah apa-apa, dan bahagian penulisannya takdak. Nampak gaya macam laptop dah di'spam' oleh ads ireland. Boleh ke macam tu? Sedih tahu tak. Dah la selama ni, memang cerita kat blog ja. (Cam anti sosial pulak, semua cerita kat blog.. hehe)

So, malam ni, secara haramnya menggunakan laptop Tira, curi-curi masa update blog.. hehehe
Banyak cerita nak cerita tapi, semua gambar berada dalam hard disk di rumah Castlewhite.. So, tulis jer la.

One of the happiest moments in Ireland for this particular time was if I had to pick, would be my trip to Dublin! Yes, I went to Dublin twice already. Kenapa? because Dublin owns my best friend in the world and insyaAllah in Hereafter too, Nisa =)

*Nisa, kalau baca sila terharu. mihmihmih

Nisa was forever the person I could talk to despite all the mix personalities I had in me. Susah study pun call Nisa, tak pandai buat cheesecake pun call Nisa, tak jumpa cari buku Anatomy pun call Nisa, semualah... 

Kalau dulu Nisa lah peneman stay-up malam-malam kat hostel, sebab Nisa rajin, aku ni malas sikit. Kalau dalam kelas, kerja aku asyik tidur, borak, baca surat khabar berita bola dan gelakkan orang lain yang tidur. Tapi asal tengok Nisa yang duduk kat depan je, mesti beliau sedang khusyuk study. Sampai kepala rapat ke meja hehehe.. And she always said, "Cipaaaa, nok fly kea? So keno study!!! Jom gi Ireland sekali!" and the quote continued even when I was in Ky and she was in Intec... She was one of the people yang selalu remind me to study. Because I could use lots of reminder..

Dulu kat Faris Petra, hari jumaat kelas prep separuh hari, tapi kitorang akan stay dalam kelas waktu orang semua balik hostel dan pergi solat jumaat. Kami akan menyelinap solat di bilik solat cikgu, semata-mata sebab nak sambung study dalam kelas. Gigih tak kami? =D

So, people, when you question me, "Apsal ko selalu turun Dublin eh? Jumpa pakwe ek?" The answer is yes I am. 

"Bila bersahabat ikhlas kerana Allah, kamu akan rasa seperti keluarga yang sangat rapat"


Nisa: Nanti mu masuk syurga, jangan tinggal aku kat luar deh!
Me: Bereh boh

p/s: Doakan laptopku pulih seperti sediakala. Amin


Friday, October 11, 2013

Will you cherry me?

I felt like time is running very fast. Jus so yesterday I thought that I was only in Cork for a day, now I realise that it has bees a month! Yeah, too many lectures, so little time and yet I still not on the right pace. How how? I guessed it is my own prob to figure it out.

How life is progressing? How iman is progressing? Those questions should be asked more frequently to myself. But for now, Alhamdulillah.. My life may just started but doesn't mean that I can give tonnes of excuses... I experienced failure many times, and I knew what were the feelings to be labelled as a 'not-going-to-make-it-person', it was very hard to endure that feeling. Reality hit me hard. 

Anyway, I fall in love with Cork as soon as I came here. And yes people, it will be my home sweet home insyaAllah for five years to come. Sometimes, we just need to be in the right place at the right time with the right person  to do the right thing. 

Feel free to visit me in Ireland!





Sunday, October 6, 2013

Corkians

Bismillah,,

'Hold the amanah. Grab it. And take good care of it'

Pagi tadi ada perjumpaan besar pelajar Mara di  UCC. So we met, the director, our fatherly Pak Lan =)
He is really nice and kebapaan. Tetiba teringat abah. =') He reminded us to study hard. To study abroad is a golden opportunity. So, don't waste it. Take it seriously.

Ingat tu Syifa!!

Tapi unfortunately Pak Lan will be retiring at the end of this December. Sobs. 
I hope he can be the director longer. He is so passionate and patient to handle us hundreds of students in Ireland. May Allah bless him and his family.

Esok adalah hari murah rezeki.. Alhamdulillah..
Ada dua rumah buat house warming party. Hehehe~ Makan free.
Pagi will be going to Brookfiled Village which is Tira and Faizah's house. Yeay!
And later in afternoon, rumah Kak Zek di Wilton. Ommo... Best lah ramai Malaysians.

=__=

Hah tu dia ramai tak ramai. Bergambar dengan Pak Lan =')

Sunday, September 29, 2013

Cork! I am here =)

Bismillah..

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan jugak nak tulis post kan.. Bajet busy memanjangkan kan..
Tu dia.. So, yes everyone,

I am now in Cork, Ireland.
(Actually dah 3 minggu dah)

Penat naik kapal terbang selama 13 jam dari KLIA ke Heathrow, London was indescribable.. Penatnya mengalahkan penat naik bas dari Terminal Tesco Kota Bharu ke Stesen Tanjung Malim. Like d-uhh, bleh plak gi compare an..

Anyhow, selepas transit di London for 3 hours, kami 8 orang students Malaysia menaiki Aer Lingus ke Cork. Alhamdulillah, we were greeted by very windy breeze and really friendly seniors from ppmc.
Selepa makan, tangkap gambar sambil pegang bendera Malaysia semuanya, kami dibawa ke Castlewhite Apartment to settle down.


Ni senior yang suruh. Tetiba main ikut je telunjuk kan

Nak share, malam aku fly, aku rasa sebak sangat.. Sangat.. Sebak nak meninggalkan keluarga untuk sementara tu satu, tapi sebak yang lain macam adalah, bila aku sedar, malam tu adalah malam yang aku sentiasa doa selepas solat semenjak sekolah rendah lagi. Akhirnya, that was 'The Night', Allah telah makbulkan doa aku.. Alhamdulillah..

Tahu tak perasaan bila kita sentiasa nakkan sesuatu barang, dan selepas berpenat lelah, kita dapat benda tu. Yeah, that was the feeling but much bigger. Because I waited and worked for 14 years, to get what I get now. Alhamdulillah. No one no how our futures will be except for Him. But just have faith that He will give the best for you.

Untuk setiap kejayaan, there are prices that we have to pay. Tiada benda yang senang dalam dunia tambah-tambah lagi benda yang kita memang nak. Susah. Sangat susah, tapi for what reasons aku bersusah payah mengharungi sudah 20 tahun pun hidup atas muka bumi ni? Untuk apa belajar? Untuk apa menangis bila susahnya hidup di Ky for two years? Untuk apa fly? I used to ask those questions to myself before. Kalau nak hidup rilek, tak tension, baik aku duduk rumah dengan umi abah and belajar dekat rumah je. Tapi why am I doing this? 

I am trying to find His redha, mardhatillah. For the reasons why He chose me to be one of His humble slaves on His dunya, I hope I can find the answers. Maybe I were asked before, why, I do not has any definite answer. But now Alhamdulilah, I already have it.

Wanie, one of my best friend back then in SkTapang. A brilliant and happy-go-lucky person she was. On 13th September, I received a shocking news that Wanie had first return to the Almighty Creator. Innalillah.. She was a second year medical student in UKM.

I once had a conversation with her two years ago,
Wanie: Untunglah Syifa dapat belajar overseas, Wanie tak dok rezeki nok dapat biasiswa oversea
Me: Mmm, xpo eh, insyaAllah mano-mano pun kito dapat, samo jah. Asalkan nok belajar.

Now, I knew the reason why Allah didn't pick her to study abroad walaupun results SPM Wanie lagi gempak dan hebat daripada aku. Because Allah wanted to call her first, Allah wanted her to be close with her parents and many reasons in between. Kan? He the Most Knowing. Semoga Allah sentiasa pelihara Wanie di sana.. Al-fatihah.

I have my mission, I believe we all do. I want to change the view of how I look at every situation. I want to be able to relate all the things happened around me with the question in my head, "What Allah want me to learn from this?" And the journey is way too far. I hope that, I wont let this chance be a waste. I want to become a better person. InsyaAllah.


Ukhwah baru di Cork. Semoga sampai syurga. InsyaAllah. =)

Saturday, September 7, 2013

I'm flying

Entah, kali berapa entah, tak sure.
I always mention this, quite a lot to myself.
To be able to study abroad is always my dream.

So, this is it.

9/9/2013, 11.40 pm

KLIA-Heathrow, London-Cork, Ireland

BTW, aku naik MAS

Doakan aku sampai ke destinasi dengan selamat.
Doakan aku dapat settle down dengan baik.
Doakan aku tak homesick gila walaupun umur dah mencecah 20 tahun.
Doakan aku dapat jadi AKU bukannya orang lain.

=')

This would be my last update in Malaysia.
Next gonna be in Cork. 
InsyaAllah.



Sunday, August 18, 2013

Pray for Egypt

Salam,

Kalau nak diikutkan, aku ni jenis yang malas sangat membaca benda yang aku boleh pilih samada baca atau tak. So, pasal isu kat Mesir tu, aku memang tak tahu sangat. Yang aku tahu, Mesir sedang bergolak sebab presiden Mursi telah digulingkan. Teringat lagi ada satu sesi sewaktu Muslim Oversea Camp, slot sorang Ustaz ni yang menyuruh seorang wakil kumpulan ke depan untuk menceritakan perihal pergolakan di Mesir. Aku dah pucat lesi, sebab kitorang memang main tuding jari, "kau pergi' "kau pergi". Aku takut sangat kalau orang pilih aku. Sebab masa tu aku tak tahu lansung tentang apa yang berlaku.

Tapi bila entah aku dapat kesedaran untuk ambil tahu. Ini perihal umat Islam Syifa. Kau kan dalam komuniti juga. Kemain lah hadis "Tidak sempurna imanmu jika kamu tidak mencintai saudara mu seperti mencintai nyawamu sendiri" melekatkan dalam jiwa, tapi maksud hadis tak praktikkan.

So, aku mula membaca, tadi baca blog APG yang krisis di Mesir for dummies tu, baca kejap dah tertidur. Hai,, tengok betapa tak serius nya aku. Tapi sumpah post APG yang tu memang membantu aku untuk faham krisis di Mesir tu. Dan oleh sebab aku ni, tak suka membaca benda yang berderet panjang.... Aku suruh beberapa sahabat baik aku untuk bercerita kepada aku. Senang.. Hehe...

Dan Alhamdulillah, aku sudah tahu serba sedikit tentang kemelut Mesir. InsyaAllah, aku akan perbanyakkan lagi bacaan.. Untuk pengetahuan, kita akan lebih concern tentang sesuatu bila ia melibatkan diri kita. So, krisis di Mesir ini sebenarnya melibatkan aku. Bapa saudara aku dan keluarga beliau menetap di Mesir, bertugas sebagai pegawai kedutaan di sana. Jadi aku berharap sangat moga-moga mereka selamat berada di bumi anbiya' tersebut.

Aku pernah pergi Mesir sewaktu aku form 2 selepas selesai mengerjakan umrah. Banyak tempat yang aku pergi. Yang common, mestilah Piramid, muzium mumia, makam imam syafie, crystal as four, dan asrama pelajar Malaysia. Mmm.. aku tak rasa Mesir seaman sewaktu aku pergi dulu..

Jadi marilah kita sama-sama doakan Mesir. 
Inilah yang kita harus takutkan jika terjadinya perkara sebegini di Malaysia. Nauzubillah.
Meh hidup dengan aman.

Kepada sesiapa yang clueless pasal Mesir macam aku, boleh baca ni kalau rajin 

Thursday, August 15, 2013

Fly high Ib!!

Dalam kesoronokan berhari raya, ecewah,
rupa-rupanya sudah nak fly sahabat ku yang sorang neh.

Selamat fly Ib! My friend from Faris Petra.
Esok kan? 16 Ogos.
Semoga bergembira memulakan fasa baru di Iowa States University!



Nasib baik ada gambar dengan Ib. Hehehe..
I wish you all the best. Hari tu kemain janji nak jumpa, tup tup, 
esok dah nak fly. So sorry Ib , tak menyempat nak ke rumah.
Dari jauh jer lah, Syifa doakan segala urusan Ib dipermudahkan.

Jaga diri, jaga iman, di negara orang yer!

The day, the result was out

This was the story of how nervous I was waiting for the A-level results.
Waktu check result: 1 pm
Tarikh: 13 Ogos 2013

Pada malam hari sebelum result:
Tak boleh tidur. Seawal pukul 12 am aku dah masuk ke dalam bilik. Tutup lampu dan baring. Berkelip-kelip dalam kesamaran cahaya lampu rumah sebelah. Akhirnya tertidur jua, tapi pukul 1.23am aku tersedar. Cuak. Istighfar panjang. Dan beberapa kali jugalah aku terjaga kemudian tidur balik, terjaga, tidur. Sehinggalah aku terdengar laungan azan Subuh dari masjid di hadapan rumah. Okey, udah-udah lah tidur. Bangun.

Seawal pukul 6.30 am, aku sudah turun ke ruang tamu bawah. Memasang tv, lalu menonton Tazkirah Pagi di tv3. Kebetulan Ustaz di tv sedang membicarakan perihal 'berserah dan redha di atas takdir Allah'. Huh. Alhamdulillah, seperti mahu membuatkan hati ini lebih tenang. Entah pukul berapa aku kembali tertidur sehingga pukul 8 pagi di mana Umi mengejutkan aku bangun.

Aku kemudiannya bangun lalu bersiap-siap untuk menemani Umi ke sekolah. Berada di sekolah umi ibarat satu penantian yang sangat sakit. Dada aku terasa seperti sesak. Walaupun aku pakai baju kurung tapi aku terasa sangat panas sekali padahal dalam bilik Umi ada aircond. Jam menunjukkan pukul 12.15 pm dan Umi mengajak ku pulang.

Tiba di rumah pukul 12.45pm. Dada semakin sesak. Perut terasa seperti ingin memuntahkan segala isi. Serius aku tak pernah cuak macam ni. This cuak is the worst in my history of cuak. Aku terus ke bilik air, mengambil wudhu lalu menunaikan solat sunat taubat dan hajat. Aku takut dengan apa yang bakal aku dapat. Bukan takut gagal tapi takut aku tak melaksanakan maksud tawakkal. Aku sentiasa menzahirkan di bibir bahawa sesungguhnya aku sudah tawakkal dan apa-apa pun keputusan A-level, aku redha. Tapi aku takut jika aku tidak bertindak seperti orang yang bertawakkal apabila mendapat sesuatu yang aku tidak harapkan. Jadi aku mohon dilembutkan hati dan diberi kekuatan iman daripada Allah swt sebelum aku membuka laman web CIE.

Seusai solat dan dengan masih bertelekung, aku ke laptop. Aku memanggil Umi supaya menjadi saksi apa sahaja keputusan yang terpapar di skrin. Umi sudah berada di sebelahku. Aku memasukkan Id dan password di laman tersebut. Dengan lafaz bismillah, aku menekan 'enter'

AAB

B for Maths. High B. Very close

Kecewa, sebak, sedih, pening.
Aku menahan tangisan sebab Umi berada di sebelah. Aku menarik nafas panjang dan beristighfar.
Umi kelihatan tenang dan menyuruh aku bersabar.
Aku menahan diri aku daripada panik. Lantas aku mendail nombor Ms Barbara untuk memaklumkan keputusan yang aku terima. Dan beliau menyuruh aku menghantarkan print-screen results tersebut kepada beliau agar proses rayuan ke UCC dapat dibuat.

Aku redha. Serius. Dalam hati aku, nampaknya aku bakal ke Sheffield. Kemudian aku masuk dalam bilik. Aku menunaikan solat Zohor dalam tangisan. Basah kuyup telekung aku. Seusai solat Zohor, aku menunaikan solat sunat hajat 12 rakaat. Bukan untuk memohon supaya results aku bertukar kepada semua A ke apa, tapi memohon agar Allah tetapkan iman aku dan membantu aku untuk redha.

Susah tahu tak nak berlapang dada dan mengatakan, "Aku redha" like you really mean it. Aku tersangatlah lemah, jadi, aku sangat memerlukan pertolongan Nya. Tolong Ya Allah, bantu aku gembira dengan keputusan ini. And for once in my life, I experienced betul-betul tenang. Aku dah macam 'Tak pa lah, ni yang Allah nak kasi kat aku'

Dan Alhamdulillah, aku kembali tenang. Umi dan Abah masih memujuk dengan gigih. Oleh kerana penat menangis teresak-esak, aku akhirnya tertidur. Aku tersedar sewaktu azan Asar berkumandang. Seusai solat Asar dan membaca Al-Quran, aku dapat panggilan daripada seorang rakan. Keputusan beliau lebih kurang sama sahaja denganku. Jadi kami sama-sama sebak. Aku mendoakan yang terbaik untuk beliau.

Pukul 6.30 pm, aku mendapat text daripada pihak IUMC,

"Syifa: pack your things now, you're going to UCC Med School! Cheers, Ms Barbara"

Air mata mengalir weh. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Sujud syukur padaMu Ya Allah.
And the rest was happiness. Umi mengalirkan air mata gembira. Abah pun nampak happy. Seluruh family mula bising dan congratulations dilaungkan..

This story is perkongsian semata-mata. Sometimes we learn valuable things from other person experience. So disini aku cuma kongsikan cerita pasal if you put your dependence on Allah, He never fails you. Kita ni yang kenar sabar. Aku sering ingatkan diri aku dengan "Hadapi ujian dengan sabar dan solat" which one of the verse in Al-Baqarah.. Dan "Setiap kesusahan ada kesenangan" in surah Al-Insyirah. Everything that you want, just anything, there are prices that you have to pay. It is the matter of how willing are you to pay for the prices. And that includes usaha, doa dan tawakkal.

Akhir kata,

Have faith in Allah.
Whatever He gave you is the best.

A reminder for myself too.

Wednesday, August 14, 2013

My A-level Results

I think it is okay for me to post about this here.
I have taken into account that only few people read my blog, and the people who read this may already know how my result was. So, I think it should be fine for me to spill it out here right?

Alhamdulillah.

My results were not as excellent as those brilliant kiddos in Ky. But it just suited me well, I mean my efforts.

Peeps,
I will be going to University College Cork in Ireland to further my degree in Medicine.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

This is really a gift from Him. I couldn't do this without His Guidance
I would like to take this opportunity to thank all the people who always pray for me.
Umi, abah, siblings, Maa, Ayoh, cuzzies, family.
Kawan sekolah, kawan sekolej
Dan orang-orang random yang aku ketemu seminit dua sekali pun.

Kadang-kadang aku siap paksa lagi orang aminkan doa aku.
Ya aku sangat terdesak.
Tapi serius weh, terima kasih. May Allah repay all of your kindness.

Doa ni senjata tahu dak? Yakinlah.

"Ya Allah, aku syukur dan redha dengan jalan yang Engkau pilih untukku."

Terima kasih juga buat kengkawan yang tersangat jauh sanggup menelefon aku semata-mata nak ucap congrats. Eja yang di Aussie, sejurus jer aku dapat result cepat jer beliau telefon aku kan. Bagi Jebo di Germany yang dua kali called aku memang lah kan, dah kau guna GMT Jerman, tak sempatlah aku nak angkat pukul 4.59am waktu Malaysia.

Tapi seriyus, terima kasih semuanya. Banyak kali aku guna perkataan 'serius' menunjukkan betapa serius nya post aku kali ini. So yeah.

Tapi weh weh, ada beberapa kawan-kawan aku yang tak lepas requirement uni, sponsor semua tu, korang doakan dorang jugak yer. Doakan dorang dipermudahkan segala urusan dan seterusnya berterbangan semuanya. Amin amin amin.

Walaupun aku happy, aku tak nak lah happy sesorang. Penat lelah susah senang dua tahun bersama, tak kan aku nak gelak sesorang bila results aku okey. Semoga mereka mendapat yang terbaik. InsyaAllah.
  
Tapi tak lupa juga buat yang berjaya. Yang mendapat results sederet A bintang semuanya. Tahniah! Korang memang hebat! Dont forget to award yourself and your efforts. Gunalah duit raya rm20 tu, pergi drive-thru KFC ke apa. Penat tahu dak A-level dua tahun, dengan tidur malam yang pukul 3 pagi, lepas tu bangun pukul 6 pagi. Huih, penat penat. Tak tipu penat. Tu baru fizikal. Mental korang mesti lagi cekal kan kan.

Apa-apa pun. Life aku di bumi Shamrock baru sahaja hendak bermula. Doakan yang terbaik untuk my next phase ek! Amin.. 


Gambar grad bebudak MARA di KY. Sorry lah baru nak letak kat sini. Ngeh ngeh.

p/s: Bebudak A-level Edexel, all the best for the results yang kabo nye esok! Semoga dipermudahkan semuanya. =)

Tuesday, August 13, 2013

This is it: The results

13 of August 2013

Today is the day of my A-level results. After struggling for two years, this is it.
I need to get all A for me to secure a place in University College Cork, Ireland to read medicine which was my dream since I aged 4 years old. People said that dream changes as you grow older. But for me, my dream is the same. I want to read Medicine and I want to study abroad. I never get tired of praying to Allah swt for Him to fulfill my doa. And I admit, this journey that I had been through was not a smooth sailing one. I experienced hardships, tears, laughter, happiness and failure many times. But my Doa is still the same. 

"Oh Allah, if this is the best for me, may you help me to redha with the path that You had chosen for me."

Although I cried, I am not disappointed with myself. But I just cant help it, because I'd been hold it for so long. Alhamdulillah. 

I am still not sure of what the future holds. But I believe, whatever Allah had decide for me, I should accept it with perasaan syukur. For Him not to leave me alone, I am very grateful. I may not strong enough to face the world after this but my true mission to become His Khalifah and A'bid will never stop.

Allah had written story for all of us. Believe.
For I do believe, I experience many of His kindness. Indeed, He is the Most Giving.

Do not lose faith Syifa.
Do not lose it.

May Allah protect us all. 

Saturday, August 10, 2013

Aidilfitri 2013

It was a really tiring day today.
Open house!
Thank you for coming everyone.

Raya tahun ni first time kawan-kawan perempuan I datang berkunjung ke rumah.
Sebab selalunya yang lelaki jer datang segorombolan ke rumah, dengan pakai sneakers, jeans, dan kemeja kotak-kotak. Senang, pakai helmet, terus merempit ke rumah aku.
Sampai jer kat rumah, buat-buat ayu pergi salam dengan abah abang aku, then bergerak ke sofa,
terus bergelak ketawa riang sambil menikmati wifi free tanpa sempadan di ruang tamu.
Hahaha.

Tapi tahun ni spesial sikit. Bit, Imah, Kema dan Firah datang bertandang ke rumah.
Cool jer Bit dengan baju kurung rayanya merempit ke rumah aku dengan membonceng Kema di belakang.
Firah pulak susah-susah jer, orang ajak dia makan kat rumah, tapi dia bawak spagetti meatball yang lazat pula kepada tuan rumah. Malu I. 
Umi terus berbisik, "Ooo, ingatkan Afa kawan dengan boys jer, sebab tahun lepas-lepas boys jer yang datang. Tahun ni baru kawan-kawan perempuan datang."

Wah wah wah Umi, I kawan dengan seantero masyarakat okay.. Tapi kat highschool jer la.
Tojo tiap-tiap tahun datang rumah aku. Menu raya kat rumah aku pon dia dah hafal. Malah boleh menerangkan lagi procedure untuk makan menu istimewa kepada Bey dan Chamakh. Matjo pun muka yang   agak familiar kat rumah aku. Tapi tahun ni kekurangan guests. Sebab guests wajib hadir tak dapat hadir. Hakin tak dapat keluar sebab jalan raya yang jam. Malah rumah beliau juga agak jauh. Jebo pula tahun ni pertama kali beraya di German. Beriya-riya beliau menyuruh aku simpankan juadah hari raya untuk beliau di Fb. Memanglah makanan tu boleh aku postkan ke German kan.

Apa-apa pun terima kasih daun keladi. 
Kitorang plan nak pergi convoy wedding Sima pula pada hari Isnin.
insyaAllah..


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf for any of my wrongdoings.
Have a nice Raya!

p/s: Kami bertekak sesama kami samada mahu ke sambutan hari raya di sekolah pada malam hari atau lepak di kedai kopi menonton Harimau Malaya vs Barcelona.
Heh, mahu tanya lagi, walaupon godaan kambing golek di sekolah amatlah kuat, semestinya match bola menjadi pilihan kami.

Friday, August 2, 2013

23 Ramadan



Sometimes we lose hope in turning to God and asking for His help because we feel like we have done too much wrong. And yet think of a child who has just angered his mother and immediately after trips and falls on the stairs. Even if that child had just angered his mother to tears, the moment he falls and cries for help, she runs to him. This is human mercy. And God is infinitely more merciful than a mother is to her child. So, do you think--no matter what you've done--when you're falling and cry out to the *most* merciful...He wouldn't come save you?
Subhanallah...

Monday, July 29, 2013

Krik krik

This was from a person I know, 
And she is probably reading this too.
I am not remember how she put this in the exact words and tone.
So, pardon me.

"Kalau nak, buat! Kalau tak nak, toksoh. Jangang dok bagi alasang."

Oh, maybe I add a bit.
Yes, she is from Ganu.

Will you merry me?

Ini random. 


Ramai nya orang-orang nak kahwin bulan Syawal ni. Ohoi~
Daripada batchmate hinggalah kepada senior-senior.
Barakallah. Terima kasih kepada yang sudi jemput.

Baru dengar berita pasal walimah urus Kak Nab and Abang Jemi.
Wah wah wah
Tahniah both of you.

Oh, Kak Piya and Abang Syakir dah dapat baby.
Comel giloss. 
Tahniah juga =)

Nampaknya agak ramai seniors batch 0206 memilih ahli batchmates sendiri sebagai pasangan hidup.
Kalau dah jodoh~ Ustaz Kazim Elias. Pehal, tetiba.