Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

17 Ramadan

Mak aihhh dah hari ke 17 dah weh berpuasa...
Masyaallah, sekojap jer...

Hari nie, hari yang sangat sibuk. Since pagi lagi aku dah menyimpan bilik yang tak nampak macam bilik, yer laa, baju dan kain bersepah di atas lantai. Alkisahnya, nak donate those baju yang still elok lagi kat this event yang dianjurkan oleh senior sekolah dulu, nama projek nye Baju Rayo Kito. Tu pun nampak banner kat timeline fb, kalau tak memang tak tahu pun. Tapi sumpah cool gila sebab dorang dapat kumpul beribu kot baju-baju. Tahniah!

Ni gambar pangkalan kutip baju kat Masjid Kubang Kerian.
Eh ni bukan gambar aku. Curik kat FbTibang. Tak salah kan.

Siap-siap packing baju kurung semua, letak dalam plastik. Aku ni pesen penyayang sikit. Baju kurung aku dari aku darjah lima sampai skang masih ada dalam almari. Tadi umi suruh kutip dema ja semua. Hoi, susah susah semua ada sentimental value gitu... (Banyak lah sentimental value)

Umi: Amik lah baju kurung biru tu bagi kat charity tuh. (merujuk baju favorite aku sepanjang zaman)
Me: Tapi sayang lah yang tu. Afa pakai lagi even kat Ky pon.
Umi: Baju rayo form 1 lagi kea? tiap kali umi mari sekolah hari Jumaat mesti Afa pakai baju tuh.
Me: Yakk berigak. =.=

Well, people said, the things that you would like to give to other people must be the thing that you love the most, not the one that you do not want anymore. So, I gave up the baju kurung. Thank you for berbakti to me for eight years. I love you.

And after that, terus pergi bantu projek Sebungkus Kuih Ramadan anjuran mahasiswa/mahasiswi Uk, Eire yang dari Kelate. Kami start packing those kuih pukul 3 and agihkan after Asar. Seronok lah! Enjoy buat kerja ramai-ramai nih. Macam-macam doa dapat from the people whom we gave the kuih. Alhamdulillah.
Aku agihkan sekitar Pasar Besar Siti Khadijah. The most exciting part was when you put the kuih senyap-senyap kat tepi homeless pakcik/makcik yang tengah tidur di lantai simen beralaskan surat khabar. I felt like Santa Claus. Seriyes tak tipu.

Kuih-kuih yang bakal diagihkan

Geng-geng Kelate. 
So, hopefully I can join more event yang macam ni. Baru tak bosan hidup. Ni asyik duduk kat rumah bergaduh dengan adik. Eh.

p/s: Monn, aku copy paste gambar mu. Halalkan deh. ;P

Wednesday, July 24, 2013

Woman will be woman

Setiap hari, sebelum amik kunci kereta dekat papan kunci, jauh merenung kunci kereta yang tersusun, nak drive Gen 2 or Kancil.. 

Umi: Afa naik kancil la kecil sikit.
Me: Meme suko naik kancil pun.

Frankly speaking, I prefer driving kancil (manual) more than Gen 2 (Auto). Why? Just because usually, Kancil's fuel is long lasting and the size is small, so, I can easily get a parking space. But somehow today, I was about to go to Post Office and Kema's house, then my Umi called to pick her up at school. I already sat in the kancil. Then I realized, "Weyhh, pahal minyak tak dop ni.... Semalam baru isi... Sob3" And tak payah teka, ni memang Abangman punya kerja.. (Tapi memang Kancil tu kereta dia pon).

So, dengan jam di tangan sudah lambat dari waktu yang sepatutnya, dan perasaan malas nak pergi stesen minyak, aku berlari mengambil kunci kereta Gen2. Entah kenapa banyak sangat berfikir tentang surat yang kena hantar secepat mungkin, accomodation booking tak settle lagi dan dah janji dengan Kema akan sampai rumah dia pukul 2, 

"ZAPPP!"

Oh no! Oh no! OMG! Abahhhhhhhhhh! (walaupun abah tak da kat rumah)
Sisi kereta dah terlanggar tepi pagar. Dem dem dem... Istighfar Syifa... Ah, mati aku, mati aku, mati aku.
Keluar dari kereta, tengok-tengok tepi kereta dah tercalar memnampakkan garisan panjang. Waaa....
Rekod memandu aku yang bersih selama tiga tahun telah dirobek-robek di pangkalan rumah sendiri.

Tak tahu nak bagitahu siapa, buat muka rilek walaupun cuak yang teramat sebenarnya, dan proceed ke sekolah umi... Laporkan berita kat umi, "Umi oyak doh kea, guna kancil.. Tu laa, dop dengar sangat"
On your face Syifa. 

Balik dari rumah kawan dengan Kema,  semua kereta abah, abang-abang dah ada di rumah... Ni lah dia, masa untuk melaporkan berita malang kepada bos-bos besar. Bos-bos besar di rumah adalah orang-orang yang sangat sensitif pasal kereta, kereta merupakan bayi mereka yakni Abah, AbangMan dan Aboy. Nampak abah di ruang tamu, dengan muka seposen, perlahan jer langkah menuju ke Abah.

"Abah, Afa tepuh pagar tadi"
Abah mengangkat muka dari fon beliau.
"Hah, pahtu? Kemik ko? Tepuh mano?"
Aku membalas lagi,
"Dop kemik, calar jah. Tadi maso nok tubik amik Umi"

Dengan pantas Abah ke halaman rumah untuk memeriksa kecederaan pada 'bayi'nya.
Aku pula dengan pantas berlari ke tingkat atas bagi menyembunyikan perasaan bersalah.
Dalam hati berkira-kira, patutkah aku berbuka puasa dengan air kosong sahaja di dalam bilik pada hari ini? Hahh gituuu... Bersalah sungguh perasaannya..

Tapi aku turun juga ke dapur menolong umi menyiapkan sajian berbuka puasa.
Selepas berbuka, Umi membuat announcement di meja makan mengenai kejadian yang berlaku.
Abangman sudah bersorak girang mendengar berita tersebut untuk menyakitkan hati aku. Manakala adik lelaki sudah pun tersengih seperti kerang busuk meraikan kecuaian aku. Abah pun berkata, "Ala, sikit jah calarnyo" Aku akhirnya menurunkan siku membuat isyarat "YES!" abah tak marah. hahahahahaha

Seterer-terer perempuan memandu kereta, terer tersebut hanyalah 15% sahaja skil memandu si lelaki. Dan untuk puasa kali ini, aku terpaksa hidup dengan abang-abang yang annoying dan adik lelaki yang suka membuli aku. Kakakku di rumah beliau manakala adik perempuan pula di kolej. Terpaksa lah aku malayan kerenah anak-anak teruna yang pelik di rumah.

"Afa, basuh pinggan Abangman!"
"Afa gi isi minyak kereta nuh!"
"Kakfa, adik nak air bandung!"
"Kakfa, adik pulok nak main ipad!"

Huh.

Muslim Overseas Camp

Alhamdulillah

Selesai sudah my most probably last event as Kyuem student for this year, which is Muslim Overseas Camp.
I can't describe how grateful I am for joining this camp.
There was a time in Ky when, I was really hesitate to join this camp because I have no offer yet. And I told that to Amni, 

"Meni, aku patut gi ke camp nih? Aku rase rendah diri laa weh, nanti program with uni representatives, aku nak gi duk kat uni mana?"

And yes, that feeling was very very hard and uncertain. However, atas nasihat from those great friends of mind, and also selepas lama gila berfikir seorang diri, aku finally decide,

"Tak pa lah, camp ni ilmu. Pergi sebab nak belajar, betulkan niat.."

And yes, I signed up for it. 

And tell you what I am not regretting it. The camp was the best camp that I'd ever joined. In Ky, I joined several camps which were Muslim Youth Camp, Muslim Leadership Camp and finally this Muslim Overseas Camp. Moc was held at Ilsas, Bangi. Although the place was very near to Cik Su Ra's house, I was not able to make myself free to visit her because of the programs and puasa. Tak pa lah kan. 

What I got from the camp,

I got a lot of knowledge from the whole program. Fiqh of travelers was my favorite. Kami didedahkan mengenai banyak perkara yang kami semua patut tahu seperti solat. Solat di atas kapal terbang, jama', qasar, khuf, tayammun, determining waktu solat, solat di tempat awam and ect. Kami juga diceritakan tentang how to handle our cooking utensils, can we share them with our non-muslims housemates and so on..
From Ust Ridha' talk, he use lots of provocations in his talk. He explained how to become Muslims by value.
And what caught my interest was during Ust Hasrizal's talk, beliau ada menekankan tentang, bagaimana kita sebagai orang yang berdoa sanggup berubah untuk doa kita kepada Allah. Contohnya, kita nak suami/isteri yang perfect, baik macam ustaz/ustazah tapi adakah kita sanggup berkorban kepada yang lebih baik agar bersesuaian dengan doa kita? Kalau aku buat contoh tentang diri aku, aku siang malam doa nak buat Medic bagai, tapi sanggupkah aku berubah menjadi pelajar yang lebih rajin dan taat kepada Allah agar bersesuaian dengan doa aku? It is all about pengorbanan. Mmm...

Dan pasal para fasi pulak, aku dapat Kak Aina dan Kak Syaza sebagai fasi. Seronok sebab dari Ky lagi dah memang rapat dengan mereka. Enjoy dengan perkongsian mereka especially cerita Kak Syaza tentang housemate beliau. Dan seronok juga jumpa kaka tersayang Kak Adah, Kak Ain dan Kak Tipah super seniors yang selama ini sentiasa memberikan kata-kata semangat melalui fb namun tidak pernah bersua. Kak Anah, kak Waida, Kak Syamilah, Kak Fai dan semualah.. Banyak dapat ilmu daripada mereka..

Semoga dengan program ini dapat membuatkan aku makin berusaha menjadi Muslim yang lebih baik. InsyaAllah.. 

KEEP CALM AND LIVE ACCORDING TO YOUR FAITH ^^

p/s: Sedih, mungkin susah hendak ketemu rakan-rakan Ky yang bakal menjau dan bertebaran di bumi Uk. Nabila, Jida, Mas, Aiqa, Fazi, Yana, Nani, Nada, Aisyah, Syifa', Husna, Ain, Mirah, Arfa, Iman, dan yang lain.. At least bebudak Kelantan still boleh jumpa dengan kerap.. Aku doakan yang terbaik buat kita semua.. Ukhwah fillah... Jaga diri, jaga peribadi, jaga iman.. =')

Monday, July 15, 2013

Once upon a Ramadan #1

Wah wah kemaen ada part 1 bagai,
Semalam yakni pada waktu malam hari sebelumnya,
diri ini terfikir untuk stay up sahaja sehingga sahur oleh sebab badan tidak menunjukkan simptom-simptom untuk tidur. Lantas, dalam keadaan yang gelap dan hening, tangan menekan butang play pada tv untuk menonton 'Hansel and Gretel the witch hunters'..
Namun malangnya, fikiran lebih banyak melayang berbanding fokus pada cerita di hadapan yang mempunyai unsur 'action' yang sangat dasyat...

Dulu, sewaktu berumur 7 tahun, aku adik dan abang selalu berjaga malam di bulan Ramadan. Kerana percayakan kata nenek dan datuk "Bulan Puasa, syaitan iblis semua kena rantai, jadi takdela mende nak kacau demo semuaenye.." kami kanak-kanak sekalian tiba-tiba menjadi berani yang tidak semena di bulan Ramadan. Pada suatu malam, kami bertiga berbaring di common room di tingkat 2. Berbual-bual mengenai kartun menjadi kelaziman. Membincangkan perihal bagaimana Bulma si gila-gila boleh terkahwin dengan Bezita yang serius? Serta adakah Trunks sebaya dengan Goten? Dan mengenai betapa meluatnya aku melihat perilaku Hikari yang lembik ingin meraih perhatian Daisuke dan Takeru dalam Digimon serta betapa cantiknya gym leader Celadon City yang bernama Erika.. Semua isu inin adalah serius bagi kami..

Dan sewaktu satu pertiga malam tersebut, si abang telah mencadangkan agar kami semua tidur di balcony. Balcony kami bukanlah balcony yang proper kerana tidak mempunyai penghadang dan agak kotor berpasiran dan open air. Tanpa menunggu persetujuan majoriti, si abang telah membuka pintu balcony yang maha susah untuk dibuka dengan gigihnya.. Setelah berjaya membuka pintu tersebut, aku dan si adik diarahkan untuk memunggah toto dan bantal-bantal.. Kami menghamparkan toto lalu berbaring memandang langit. Subhanallah, masih teringat betapa cantiknya langit pada waktu itu dihiasi dengan bintang-bintang.. Even kanak-kanak pun sudah memahami erti keindahan ciptaan Allah.

Kami bertiga meneruskan perbincangan kami di luar rumah di atas balcony tersebut dengan bertemankan udara yang sumpah sejuk tapi nyaman... Siap pasang lagu raya lagi wahahaha.. Kalau bukan bulan Ramadan, mana mungkin kami berani untuk berada di luar rumah semalam... Dan kami berjaga sehinggalah waktu sahur. Sebelum Inche Abah datang mengejutkan kami, kami telah bersiap2 packing dan masuk ke dalam rumah serta berpura-pura tidur di tempat yang sepatutnya.. Manakan tidak, kalau rahsia kami berjaga diketahui Puan Umi, sudah tentu beliau menggunakan specialty beliau dalam memberi nasihat yang membina secara bertubi-tubi...

Dan dengan itu, kami semua ke sekolah dengan wajah yang kuyu dan tidak bermaya. Rakan-rakan sedarjah sudah pasti menyangkakan bahawasanya kami penat berpuasa....


Tuesday, May 29, 2012

Pink

Mood:  I'm coming home, I'm coming home. Yeah. I lie.
Music: Stay


I hate when people ask for opinion, but the way they ask are much more like I have no other choice except to nod my head for what they said. It is a reverse reaction. You gave me answer for what you asked. How ashamed. 

Wrap it up. Almost done here, err I mean for AS. One paper to go which is lucky paper 1 Biology. Say hello to MCQ. I still need to finish my presentation for Malaysian Study. May Lee has been waiting for ages for my part. Poor her, but she is a very kind and tolerable girl indeed. *tabik

I have a thought. 
People can be different in many ways. Those who talk a lot might not be good at recognising others' emotions. Those who tend to choose to be quiet all the time may be good at expressing their feeling by writing, poetry, using quotations and so on. Because I met these people and they are really impressive upon playing their roles. They are unpredictable. Sometimes situational cue does have its own influence on how to manipulate a person's thought. People change according to places that they'd been admitted to. It is called adaptation. And there are zillions of ways how people can adapt to a particular places. They act differently at different places causing others to think that they might have multiple personality. But actually they are not. Fuhhhh.... Sumpah aq yakin korang tak paham. Don't feel bad to admit. Please do. 

Bagi konklusi la senang.
It is not about dispositional factor only that has an effect on a person's behavioural changes, please take into account situational cue as well.

Madah yang tak bleh blah pada larut malam. Abaikan.

Oh hey, Ramadan is approaching near! It is somewhere in this July. Considerably a month and half from now on. Oh yeah! Can't wait. I miss Ramadan, and with His kindness I am hoping to be able to meet with this year Ramadan. InsyaAllah.

Al-Baqarah:185
2:185

Sahih International

The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful.


 Presentation MS on 1st of June.
MS exam is on 4th of June.
Biology P1 is on 13th of June.
Allah permudahkan =)

Kak Cik's birthday is on 2nd of June while Kak Yong's is on 12th of June.
Gotta to think of gifts to be bought.
See u soon!