Showing posts with label HADIS. Show all posts
Showing posts with label HADIS. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Every single person should do


Status: The post this time is about my findings, readings, askings the people around me. I spent lots of time for this because I really want to have a solid, concrete reason of making this post. And it is about our, muslims, main ibadah, which is Solat/prayer. Our obligation which we really must preserve, take good care of it.

It had been since forever, I try to ask some people around me on how they concentrate/ focus/ khusyu' in their solat. Because if anyone has a brilliant, perfect way to khusyu' in solat, I really love to take a note. Have you ever heard any words, phrases, advice that went like this "Kalau rasa ada jer jatuh, luka, nasib malang yang menimpa, cuba check balik solat. Ada yang tak sempurna lagi tu."? Because I always heard it since I was a little girl. So, I really want to make sure every solat that I perform, is the best, guaranteed solat which is accepted by my Lord. Then, I started to search for reading materials and not to mention asking people. Malu bertanya sesat jalan yer dak?

"Khusyuk itu ialah khusyuk hati. Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri,"
~Saidina Ali r.a.~

"Khusyuk bermaksud suatu keadaan dalam jiwa yang mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota (dengan tidak bergerak ke kiri dan ke kanan)
~Imam al-Qurtubi~

"Khusyuk dalam solat ialah hati berada dalam keadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)"
~Imam al-Zamakhshari~

"Orang yang khusyuk ialah orang yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya."
~Imam al-Jurjani~

Basically if we gathered the opinions above, we can conclude that khusyu' can be classified in two simple meaning. 

1. Khusyu' batin (internal) yang mana khusyu' dengan hati. We present ourselves in our heart with the feeling of fear to the Almighty God, patut juga rasa gementar kepadaNya. Show Him our humility towards Him as we crave for His blessings, rahmat and redha. 

2. Khusyu' lahir (external). From what we feel, we resemble our feelings. Khusyu' kepala dengan menundukkannya, khusyu' mata dengan tidak berpaling ke kiri atau ke kanan, Dan khusyu' tangan dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan  seorang hamba. Manakalan khusyu' kedua kaki dengan tegak berpijak dan berkeadaan tetap, stand up still, not actively moving. Khusyu' lahir grows from khusyu' batin dan hati.

We will discover khusyu' dengan menghadirkan hati ketika menunaikan solat. Berusaha memahami segala perbuatan dalam solat (termasuk bacaan). Merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dengan mengingati status diri sebagai hamba. Gerun terhadap seksaan api neraka dan keagungan Allah. Always, menaruh harapan mudah mudahan solat, ibadah yang dikerjakan diterimaNya. Dan rasa malu dengan kekurangan dan kehinaan diri. 

There is a hadis which grabs my attention, Rasulullah saw bersabda " Betapa ramai orang yang bangun (mengerjakan solat) pada malam hari, namun habuan daripada solat malamnya hanyalah berjaga malam (yakni tiada pahala)......." Hadis riwayat al-Tabarani, Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi. Daripada Abu Hurirah r.a. So, khusyu' is vital because pahala solat relies on it. For you to imagine, no khusyu' no rewards (pahala solat).

I love the replies that I received from my senior about my question, "Apa pendapat kak tentang khusyu' dalam solat?"

Kak Enin ^^
"susah nak qusyuk dlm solat.nak qusyux lam solat ni mcm tarik lembu yg dicucuk kat hidung,lembu tue atas batas padi.kejap2 lembu tue akan jatuh sbb berat,tapi bila kita sedar lembu tue jatuh,kita tarikla balik.mcm 2 la solat.sedar2 dah 'hanyut'.tapi bila sedar tue,cepat2la qusyukkan balik:)"

Kak Ainul ^^
Banyak cara nak khusyuk tapi Kak Ainul rasa paling penting tahu bacaan dalam solat la..sebab macam pelik kalau cakap dengan tuhan tapi tak tau maksud.hehe. Doa pun sama..And masa solat tu memang betul2 niat sembah tuhanla,maksudnya betul2 ready untuk cakap dengan Allah. so masa solat tu imagine Allah tengok kita. 
Tu cara Kak Ainul la,tu pun banyak lagi kelemahan..
Syifa try sdri je,asal niat betul and faham knape kita solat tu insyaAllah blh je khusyuk

Simple analogies never disappoint me. And they were so true. Truthfully speaking, if you just only niat that "I really want to khusyu' " it already convey that you are working hard to achieve the khusyu' in your prayer. InsyaAllah, mudah-mudahan solat akan diterima. =)

p/s: There are lots of ways. I know it, you know it. If there is any mistake above, please let me know. For improvement in solat, ibadah or any other writings, I welcome suggestion. ^^

Thursday, September 22, 2011

Saya rindu Baginda


Status: From Kak Ainul's blog. Such a nice reminder.


Khutbah terakhir Rasulullah kepada umat baginda

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa,
kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al Quran dan sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."


 Weekend nanti I update tentang MYC (Muslim Youth Camp) and raya kat KY. okay.. =)

Oh yaaa,, Selamat Pengantin Baru buat sahabat FARISIAN , Diella yang sudah pon menjadi isteri orang, Semoga bahagia ke anak cucu hendak nya.