Salam,
Kalau nak diikutkan, aku ni jenis yang malas sangat membaca benda yang aku boleh pilih samada baca atau tak. So, pasal isu kat Mesir tu, aku memang tak tahu sangat. Yang aku tahu, Mesir sedang bergolak sebab presiden Mursi telah digulingkan. Teringat lagi ada satu sesi sewaktu Muslim Oversea Camp, slot sorang Ustaz ni yang menyuruh seorang wakil kumpulan ke depan untuk menceritakan perihal pergolakan di Mesir. Aku dah pucat lesi, sebab kitorang memang main tuding jari, "kau pergi' "kau pergi". Aku takut sangat kalau orang pilih aku. Sebab masa tu aku tak tahu lansung tentang apa yang berlaku.
Tapi bila entah aku dapat kesedaran untuk ambil tahu. Ini perihal umat Islam Syifa. Kau kan dalam komuniti juga. Kemain lah hadis "Tidak sempurna imanmu jika kamu tidak mencintai saudara mu seperti mencintai nyawamu sendiri" melekatkan dalam jiwa, tapi maksud hadis tak praktikkan.
So, aku mula membaca, tadi baca blog APG yang krisis di Mesir for dummies tu, baca kejap dah tertidur. Hai,, tengok betapa tak serius nya aku. Tapi sumpah post APG yang tu memang membantu aku untuk faham krisis di Mesir tu. Dan oleh sebab aku ni, tak suka membaca benda yang berderet panjang.... Aku suruh beberapa sahabat baik aku untuk bercerita kepada aku. Senang.. Hehe...
Dan Alhamdulillah, aku sudah tahu serba sedikit tentang kemelut Mesir. InsyaAllah, aku akan perbanyakkan lagi bacaan.. Untuk pengetahuan, kita akan lebih concern tentang sesuatu bila ia melibatkan diri kita. So, krisis di Mesir ini sebenarnya melibatkan aku. Bapa saudara aku dan keluarga beliau menetap di Mesir, bertugas sebagai pegawai kedutaan di sana. Jadi aku berharap sangat moga-moga mereka selamat berada di bumi anbiya' tersebut.
Aku pernah pergi Mesir sewaktu aku form 2 selepas selesai mengerjakan umrah. Banyak tempat yang aku pergi. Yang common, mestilah Piramid, muzium mumia, makam imam syafie, crystal as four, dan asrama pelajar Malaysia. Mmm.. aku tak rasa Mesir seaman sewaktu aku pergi dulu..
Jadi marilah kita sama-sama doakan Mesir.
Inilah yang kita harus takutkan jika terjadinya perkara sebegini di Malaysia. Nauzubillah.
Meh hidup dengan aman.
Kepada sesiapa yang clueless pasal Mesir macam aku, boleh baca ni kalau rajin