Thursday, August 15, 2013

The day, the result was out

This was the story of how nervous I was waiting for the A-level results.
Waktu check result: 1 pm
Tarikh: 13 Ogos 2013

Pada malam hari sebelum result:
Tak boleh tidur. Seawal pukul 12 am aku dah masuk ke dalam bilik. Tutup lampu dan baring. Berkelip-kelip dalam kesamaran cahaya lampu rumah sebelah. Akhirnya tertidur jua, tapi pukul 1.23am aku tersedar. Cuak. Istighfar panjang. Dan beberapa kali jugalah aku terjaga kemudian tidur balik, terjaga, tidur. Sehinggalah aku terdengar laungan azan Subuh dari masjid di hadapan rumah. Okey, udah-udah lah tidur. Bangun.

Seawal pukul 6.30 am, aku sudah turun ke ruang tamu bawah. Memasang tv, lalu menonton Tazkirah Pagi di tv3. Kebetulan Ustaz di tv sedang membicarakan perihal 'berserah dan redha di atas takdir Allah'. Huh. Alhamdulillah, seperti mahu membuatkan hati ini lebih tenang. Entah pukul berapa aku kembali tertidur sehingga pukul 8 pagi di mana Umi mengejutkan aku bangun.

Aku kemudiannya bangun lalu bersiap-siap untuk menemani Umi ke sekolah. Berada di sekolah umi ibarat satu penantian yang sangat sakit. Dada aku terasa seperti sesak. Walaupun aku pakai baju kurung tapi aku terasa sangat panas sekali padahal dalam bilik Umi ada aircond. Jam menunjukkan pukul 12.15 pm dan Umi mengajak ku pulang.

Tiba di rumah pukul 12.45pm. Dada semakin sesak. Perut terasa seperti ingin memuntahkan segala isi. Serius aku tak pernah cuak macam ni. This cuak is the worst in my history of cuak. Aku terus ke bilik air, mengambil wudhu lalu menunaikan solat sunat taubat dan hajat. Aku takut dengan apa yang bakal aku dapat. Bukan takut gagal tapi takut aku tak melaksanakan maksud tawakkal. Aku sentiasa menzahirkan di bibir bahawa sesungguhnya aku sudah tawakkal dan apa-apa pun keputusan A-level, aku redha. Tapi aku takut jika aku tidak bertindak seperti orang yang bertawakkal apabila mendapat sesuatu yang aku tidak harapkan. Jadi aku mohon dilembutkan hati dan diberi kekuatan iman daripada Allah swt sebelum aku membuka laman web CIE.

Seusai solat dan dengan masih bertelekung, aku ke laptop. Aku memanggil Umi supaya menjadi saksi apa sahaja keputusan yang terpapar di skrin. Umi sudah berada di sebelahku. Aku memasukkan Id dan password di laman tersebut. Dengan lafaz bismillah, aku menekan 'enter'

AAB

B for Maths. High B. Very close

Kecewa, sebak, sedih, pening.
Aku menahan tangisan sebab Umi berada di sebelah. Aku menarik nafas panjang dan beristighfar.
Umi kelihatan tenang dan menyuruh aku bersabar.
Aku menahan diri aku daripada panik. Lantas aku mendail nombor Ms Barbara untuk memaklumkan keputusan yang aku terima. Dan beliau menyuruh aku menghantarkan print-screen results tersebut kepada beliau agar proses rayuan ke UCC dapat dibuat.

Aku redha. Serius. Dalam hati aku, nampaknya aku bakal ke Sheffield. Kemudian aku masuk dalam bilik. Aku menunaikan solat Zohor dalam tangisan. Basah kuyup telekung aku. Seusai solat Zohor, aku menunaikan solat sunat hajat 12 rakaat. Bukan untuk memohon supaya results aku bertukar kepada semua A ke apa, tapi memohon agar Allah tetapkan iman aku dan membantu aku untuk redha.

Susah tahu tak nak berlapang dada dan mengatakan, "Aku redha" like you really mean it. Aku tersangatlah lemah, jadi, aku sangat memerlukan pertolongan Nya. Tolong Ya Allah, bantu aku gembira dengan keputusan ini. And for once in my life, I experienced betul-betul tenang. Aku dah macam 'Tak pa lah, ni yang Allah nak kasi kat aku'

Dan Alhamdulillah, aku kembali tenang. Umi dan Abah masih memujuk dengan gigih. Oleh kerana penat menangis teresak-esak, aku akhirnya tertidur. Aku tersedar sewaktu azan Asar berkumandang. Seusai solat Asar dan membaca Al-Quran, aku dapat panggilan daripada seorang rakan. Keputusan beliau lebih kurang sama sahaja denganku. Jadi kami sama-sama sebak. Aku mendoakan yang terbaik untuk beliau.

Pukul 6.30 pm, aku mendapat text daripada pihak IUMC,

"Syifa: pack your things now, you're going to UCC Med School! Cheers, Ms Barbara"

Air mata mengalir weh. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Sujud syukur padaMu Ya Allah.
And the rest was happiness. Umi mengalirkan air mata gembira. Abah pun nampak happy. Seluruh family mula bising dan congratulations dilaungkan..

This story is perkongsian semata-mata. Sometimes we learn valuable things from other person experience. So disini aku cuma kongsikan cerita pasal if you put your dependence on Allah, He never fails you. Kita ni yang kenar sabar. Aku sering ingatkan diri aku dengan "Hadapi ujian dengan sabar dan solat" which one of the verse in Al-Baqarah.. Dan "Setiap kesusahan ada kesenangan" in surah Al-Insyirah. Everything that you want, just anything, there are prices that you have to pay. It is the matter of how willing are you to pay for the prices. And that includes usaha, doa dan tawakkal.

Akhir kata,

Have faith in Allah.
Whatever He gave you is the best.

A reminder for myself too.

4 comments:

Fakrul Airul said...

congrats syifa!Alhamdulilah :)Good luck in the future!

IamCIPA said...

Thanksss Paa!! Long time no heard from you.. Alhamdulillah.. insyaAllah =)

A. said...

Yay! Alhamdulillah! See you in Cork :) Kalu nok datang Krakow jupe Kak Eno oyakla. Hehe. Ada direct flight Cork to Warsaw tau

IamCIPA said...

Yeayy!! Nok gi melawat Kak Eno! hehe.. InsyaAllah. Kak Eno pon klu nok mri jalan2 kat Cork pulak, wlopon hari tu dah pegi Ireland, bagitahu lah! =D