Sunday, August 18, 2013

Pray for Egypt

Salam,

Kalau nak diikutkan, aku ni jenis yang malas sangat membaca benda yang aku boleh pilih samada baca atau tak. So, pasal isu kat Mesir tu, aku memang tak tahu sangat. Yang aku tahu, Mesir sedang bergolak sebab presiden Mursi telah digulingkan. Teringat lagi ada satu sesi sewaktu Muslim Oversea Camp, slot sorang Ustaz ni yang menyuruh seorang wakil kumpulan ke depan untuk menceritakan perihal pergolakan di Mesir. Aku dah pucat lesi, sebab kitorang memang main tuding jari, "kau pergi' "kau pergi". Aku takut sangat kalau orang pilih aku. Sebab masa tu aku tak tahu lansung tentang apa yang berlaku.

Tapi bila entah aku dapat kesedaran untuk ambil tahu. Ini perihal umat Islam Syifa. Kau kan dalam komuniti juga. Kemain lah hadis "Tidak sempurna imanmu jika kamu tidak mencintai saudara mu seperti mencintai nyawamu sendiri" melekatkan dalam jiwa, tapi maksud hadis tak praktikkan.

So, aku mula membaca, tadi baca blog APG yang krisis di Mesir for dummies tu, baca kejap dah tertidur. Hai,, tengok betapa tak serius nya aku. Tapi sumpah post APG yang tu memang membantu aku untuk faham krisis di Mesir tu. Dan oleh sebab aku ni, tak suka membaca benda yang berderet panjang.... Aku suruh beberapa sahabat baik aku untuk bercerita kepada aku. Senang.. Hehe...

Dan Alhamdulillah, aku sudah tahu serba sedikit tentang kemelut Mesir. InsyaAllah, aku akan perbanyakkan lagi bacaan.. Untuk pengetahuan, kita akan lebih concern tentang sesuatu bila ia melibatkan diri kita. So, krisis di Mesir ini sebenarnya melibatkan aku. Bapa saudara aku dan keluarga beliau menetap di Mesir, bertugas sebagai pegawai kedutaan di sana. Jadi aku berharap sangat moga-moga mereka selamat berada di bumi anbiya' tersebut.

Aku pernah pergi Mesir sewaktu aku form 2 selepas selesai mengerjakan umrah. Banyak tempat yang aku pergi. Yang common, mestilah Piramid, muzium mumia, makam imam syafie, crystal as four, dan asrama pelajar Malaysia. Mmm.. aku tak rasa Mesir seaman sewaktu aku pergi dulu..

Jadi marilah kita sama-sama doakan Mesir. 
Inilah yang kita harus takutkan jika terjadinya perkara sebegini di Malaysia. Nauzubillah.
Meh hidup dengan aman.

Kepada sesiapa yang clueless pasal Mesir macam aku, boleh baca ni kalau rajin 

Thursday, August 15, 2013

Fly high Ib!!

Dalam kesoronokan berhari raya, ecewah,
rupa-rupanya sudah nak fly sahabat ku yang sorang neh.

Selamat fly Ib! My friend from Faris Petra.
Esok kan? 16 Ogos.
Semoga bergembira memulakan fasa baru di Iowa States University!



Nasib baik ada gambar dengan Ib. Hehehe..
I wish you all the best. Hari tu kemain janji nak jumpa, tup tup, 
esok dah nak fly. So sorry Ib , tak menyempat nak ke rumah.
Dari jauh jer lah, Syifa doakan segala urusan Ib dipermudahkan.

Jaga diri, jaga iman, di negara orang yer!

The day, the result was out

This was the story of how nervous I was waiting for the A-level results.
Waktu check result: 1 pm
Tarikh: 13 Ogos 2013

Pada malam hari sebelum result:
Tak boleh tidur. Seawal pukul 12 am aku dah masuk ke dalam bilik. Tutup lampu dan baring. Berkelip-kelip dalam kesamaran cahaya lampu rumah sebelah. Akhirnya tertidur jua, tapi pukul 1.23am aku tersedar. Cuak. Istighfar panjang. Dan beberapa kali jugalah aku terjaga kemudian tidur balik, terjaga, tidur. Sehinggalah aku terdengar laungan azan Subuh dari masjid di hadapan rumah. Okey, udah-udah lah tidur. Bangun.

Seawal pukul 6.30 am, aku sudah turun ke ruang tamu bawah. Memasang tv, lalu menonton Tazkirah Pagi di tv3. Kebetulan Ustaz di tv sedang membicarakan perihal 'berserah dan redha di atas takdir Allah'. Huh. Alhamdulillah, seperti mahu membuatkan hati ini lebih tenang. Entah pukul berapa aku kembali tertidur sehingga pukul 8 pagi di mana Umi mengejutkan aku bangun.

Aku kemudiannya bangun lalu bersiap-siap untuk menemani Umi ke sekolah. Berada di sekolah umi ibarat satu penantian yang sangat sakit. Dada aku terasa seperti sesak. Walaupun aku pakai baju kurung tapi aku terasa sangat panas sekali padahal dalam bilik Umi ada aircond. Jam menunjukkan pukul 12.15 pm dan Umi mengajak ku pulang.

Tiba di rumah pukul 12.45pm. Dada semakin sesak. Perut terasa seperti ingin memuntahkan segala isi. Serius aku tak pernah cuak macam ni. This cuak is the worst in my history of cuak. Aku terus ke bilik air, mengambil wudhu lalu menunaikan solat sunat taubat dan hajat. Aku takut dengan apa yang bakal aku dapat. Bukan takut gagal tapi takut aku tak melaksanakan maksud tawakkal. Aku sentiasa menzahirkan di bibir bahawa sesungguhnya aku sudah tawakkal dan apa-apa pun keputusan A-level, aku redha. Tapi aku takut jika aku tidak bertindak seperti orang yang bertawakkal apabila mendapat sesuatu yang aku tidak harapkan. Jadi aku mohon dilembutkan hati dan diberi kekuatan iman daripada Allah swt sebelum aku membuka laman web CIE.

Seusai solat dan dengan masih bertelekung, aku ke laptop. Aku memanggil Umi supaya menjadi saksi apa sahaja keputusan yang terpapar di skrin. Umi sudah berada di sebelahku. Aku memasukkan Id dan password di laman tersebut. Dengan lafaz bismillah, aku menekan 'enter'

AAB

B for Maths. High B. Very close

Kecewa, sebak, sedih, pening.
Aku menahan tangisan sebab Umi berada di sebelah. Aku menarik nafas panjang dan beristighfar.
Umi kelihatan tenang dan menyuruh aku bersabar.
Aku menahan diri aku daripada panik. Lantas aku mendail nombor Ms Barbara untuk memaklumkan keputusan yang aku terima. Dan beliau menyuruh aku menghantarkan print-screen results tersebut kepada beliau agar proses rayuan ke UCC dapat dibuat.

Aku redha. Serius. Dalam hati aku, nampaknya aku bakal ke Sheffield. Kemudian aku masuk dalam bilik. Aku menunaikan solat Zohor dalam tangisan. Basah kuyup telekung aku. Seusai solat Zohor, aku menunaikan solat sunat hajat 12 rakaat. Bukan untuk memohon supaya results aku bertukar kepada semua A ke apa, tapi memohon agar Allah tetapkan iman aku dan membantu aku untuk redha.

Susah tahu tak nak berlapang dada dan mengatakan, "Aku redha" like you really mean it. Aku tersangatlah lemah, jadi, aku sangat memerlukan pertolongan Nya. Tolong Ya Allah, bantu aku gembira dengan keputusan ini. And for once in my life, I experienced betul-betul tenang. Aku dah macam 'Tak pa lah, ni yang Allah nak kasi kat aku'

Dan Alhamdulillah, aku kembali tenang. Umi dan Abah masih memujuk dengan gigih. Oleh kerana penat menangis teresak-esak, aku akhirnya tertidur. Aku tersedar sewaktu azan Asar berkumandang. Seusai solat Asar dan membaca Al-Quran, aku dapat panggilan daripada seorang rakan. Keputusan beliau lebih kurang sama sahaja denganku. Jadi kami sama-sama sebak. Aku mendoakan yang terbaik untuk beliau.

Pukul 6.30 pm, aku mendapat text daripada pihak IUMC,

"Syifa: pack your things now, you're going to UCC Med School! Cheers, Ms Barbara"

Air mata mengalir weh. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Sujud syukur padaMu Ya Allah.
And the rest was happiness. Umi mengalirkan air mata gembira. Abah pun nampak happy. Seluruh family mula bising dan congratulations dilaungkan..

This story is perkongsian semata-mata. Sometimes we learn valuable things from other person experience. So disini aku cuma kongsikan cerita pasal if you put your dependence on Allah, He never fails you. Kita ni yang kenar sabar. Aku sering ingatkan diri aku dengan "Hadapi ujian dengan sabar dan solat" which one of the verse in Al-Baqarah.. Dan "Setiap kesusahan ada kesenangan" in surah Al-Insyirah. Everything that you want, just anything, there are prices that you have to pay. It is the matter of how willing are you to pay for the prices. And that includes usaha, doa dan tawakkal.

Akhir kata,

Have faith in Allah.
Whatever He gave you is the best.

A reminder for myself too.

Wednesday, August 14, 2013

My A-level Results

I think it is okay for me to post about this here.
I have taken into account that only few people read my blog, and the people who read this may already know how my result was. So, I think it should be fine for me to spill it out here right?

Alhamdulillah.

My results were not as excellent as those brilliant kiddos in Ky. But it just suited me well, I mean my efforts.

Peeps,
I will be going to University College Cork in Ireland to further my degree in Medicine.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

This is really a gift from Him. I couldn't do this without His Guidance
I would like to take this opportunity to thank all the people who always pray for me.
Umi, abah, siblings, Maa, Ayoh, cuzzies, family.
Kawan sekolah, kawan sekolej
Dan orang-orang random yang aku ketemu seminit dua sekali pun.

Kadang-kadang aku siap paksa lagi orang aminkan doa aku.
Ya aku sangat terdesak.
Tapi serius weh, terima kasih. May Allah repay all of your kindness.

Doa ni senjata tahu dak? Yakinlah.

"Ya Allah, aku syukur dan redha dengan jalan yang Engkau pilih untukku."

Terima kasih juga buat kengkawan yang tersangat jauh sanggup menelefon aku semata-mata nak ucap congrats. Eja yang di Aussie, sejurus jer aku dapat result cepat jer beliau telefon aku kan. Bagi Jebo di Germany yang dua kali called aku memang lah kan, dah kau guna GMT Jerman, tak sempatlah aku nak angkat pukul 4.59am waktu Malaysia.

Tapi seriyus, terima kasih semuanya. Banyak kali aku guna perkataan 'serius' menunjukkan betapa serius nya post aku kali ini. So yeah.

Tapi weh weh, ada beberapa kawan-kawan aku yang tak lepas requirement uni, sponsor semua tu, korang doakan dorang jugak yer. Doakan dorang dipermudahkan segala urusan dan seterusnya berterbangan semuanya. Amin amin amin.

Walaupun aku happy, aku tak nak lah happy sesorang. Penat lelah susah senang dua tahun bersama, tak kan aku nak gelak sesorang bila results aku okey. Semoga mereka mendapat yang terbaik. InsyaAllah.
  
Tapi tak lupa juga buat yang berjaya. Yang mendapat results sederet A bintang semuanya. Tahniah! Korang memang hebat! Dont forget to award yourself and your efforts. Gunalah duit raya rm20 tu, pergi drive-thru KFC ke apa. Penat tahu dak A-level dua tahun, dengan tidur malam yang pukul 3 pagi, lepas tu bangun pukul 6 pagi. Huih, penat penat. Tak tipu penat. Tu baru fizikal. Mental korang mesti lagi cekal kan kan.

Apa-apa pun. Life aku di bumi Shamrock baru sahaja hendak bermula. Doakan yang terbaik untuk my next phase ek! Amin.. 


Gambar grad bebudak MARA di KY. Sorry lah baru nak letak kat sini. Ngeh ngeh.

p/s: Bebudak A-level Edexel, all the best for the results yang kabo nye esok! Semoga dipermudahkan semuanya. =)