Saturday, June 18, 2011

My Next Stop, KYUEM


Kolej Yayasan UEM
http://edu.iluvislam.com
oleh Akmal Amri

Pernahkah anda menggunakan lebuhraya PLUS KL-Ipoh?
Pernahkah anda perasan, lebuhraya tersebut mempunyai susur keluar ke Lembah Beringin?
sign lb
Jika anda menjawab ‘Ya’ bagi kedua-dua soalan di atas, belum bermakna anda akan jawab ‘Ya’ untuk soalan ketiga iaitu:
Anda kenal ke KYUEM?
kyuem

Lokasi
KYUEM atau nama penuhnya Kolej Yayasan UEM merupakan sebuah kolej pra university yang menawarkan kursus A Level. Kolej ini terletak di Lembah Beringin, Selangor iaitu lebih kurang 60km dari ibu kota Kuala Lumpur.
map
Sejarah ringkas
Sesuai dengan namanya, kolej ini dimiliki dan diuruskan oleh United Engineering Malaysia (UEM) melalui Yayasan UEM. Tetapi pada tahun 1998, kolej ini diuruskan oleh Yayasan Saad di bawah Syarikat Renong yang diketuai oleh Tan Sri Halim Saad, maka kolej ini dinamakan Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (KMYS). Pada tahun 2002 (kalau tak silap) Renong mengalami masalah kewangan sehingga memberi kesan kepada pengurusan KMYS. Nama KMYS ditukar kepada Kolej Matrikulasi Yayasan Satu (mungkin untuk mengekalkan akronim KMYS) dan nama ini tidak bertahan lama kerana apabila UEM mengambil alih pengurusan kolej tersebut, namanya ditukar kepada UEM World College. Nama ini juga tidak bertahan lama (kalau tak silap, 2 minggu sahaja) sebelum ditukar kepada Kolej Yayasan UEM yang bertahan sehingga kini.

Maklumat Akademik
cie
Seperti yang dinyatakan di atas, KYUEM merupakan kolej persediaan yang hanya menawarkan A Level. Pelajar-pelajar yang mendaftar merupakan lepasan SPM dan hampir semuanya merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara seperti UK, Ireland dan Australia. Hampir 80% pelajar KYUEM merupakan lepasan SPM yang ditaja oleh pelbagai badan kerajaan dan syarikat persendirian seperti JPA, MARA, Petronas, Bank Negara Malaysia dan Permodalan Nasional Berhad.
jpa mara pet bnm pnb
Keadaan di KYUEM yang tidak ramai pelajar tajaan sendiri mungkin disebabkan oleh kos pengajiannya yang agak mahal jika mahu dibandingkan dengan kolej lain. Program 24 bulan menelan belanja RM60,000 manakala program 18 bulan kosnya ialah RM45,000. Yuran pengajian ini termasuklah bayaran pembelajaran, penginapan, makanan dan peperiksaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan yang anda tidak perlu membelanjakan sesen pun untuk hidup di kolej ini kerana semuanya telah termasuk di bawah yuran pengajian.
buku
Di KYUEM, pelbagai subjek A Level ditawarkan dan pelajar diberi pilihan untuk memilih sendiri subjek masing-masing, sesuai dengan jurusan yang akan diambil di peringkat university. Sebagai contoh, pelajar pra perubatan akan cenderung untuk memilih subjekChemistryBiology dan Mathematics manakala pelajar pra perakaunan pula akan cenderung untuk mengambil Accounting, Economics dan Mathematics. Walaupun pemilihan subjek agak bergantung kepada permintaan university, namun pelajar masih bebas untuk memilih subjek kegemaran. Saya yang merupakan pelajar pra perakaunan memilih untuk mengambil Physics kerana telah menggemari subjek tersebut sejak di bangku sekolah. Kebiasaannya, pelajar akan mengambil 3 atau 4 subjek A Level, namun tidak dinafikan ada sesetengah pelajar yang berani untuk mencabar diri dengan mengambil 5 subjek, dan mereka biasanya masih Berjaya mendapat semua A.
kelas
Rutin akademik pelajar KYUEM bermula dengan kelas seawal 8.15 pagi sehingga pukul 5 petang, dan rehat untuk makan tengahari dan solat zuhur dari pukul 12.30-2.00 petang. Secara purata, kelas hanya memakan masa selama 4-5 jam sehari, bergantung kepada bilangan subjek yang anda ambil. Tenaga pengajar di KYUEM agak berbeza daripada kolej-kolej lain kerana hampir separuh daripada mereka merupakan warga asing, kebanyakannya British. Namun tidak dinafikan bahawa kualiti pengajaran mereka tidak dapat dibezakan berdasarkan tempat asal mereka. Ramai cikgu dari Malaysia yang sangat cemerlang teknik pengajaran mereka dan ramai juga cikgu warga asing ini yang juga cemerlang.

Kehidupan di KYUEM
stud
Pelajar KYUEM akan dibahagikan kepada 4 house iaitu Topaz, Garnet, Sapphire dan Diamond. Fungsi house adalah sangat signifikan di KYUEM kerana hampir kesemua aktiviti dan pertandingan di kolej akan diadakan berdasarkan house. Penempatan tempat tinggal juga dibahagikan mengikut house. Tidak perlulah saya banding-bandingkan house yang ada kerana setiap orang berbeza pendapat.
chalet
Para pelajar KYUEM tinggal di dalam chalet. Setiap chalet mempunyai 4 bilik untuk 4 orang dan 2 bilik air. Ruang tamu adalah tempat kegemaran untuk lepak kerana dilengkapi dengan pendingin hawa (air-cond) dan juga computer dengan internet. Namun yang memiliki laptop sendiri boleh juga melayari internet kerana rangkaian internet tanpa wayar turut disediakan.
chalet_in
dh
Makanan pula disediakan 3 kali sehari kepada semua pelajar. Bagi yang pernah tinggal di sekolah berasrama, saya boleh katakan makanan di Dewan Makan KYUEM jauh lebih baik daripada Dewan Makan sekolah saya (baca: STAR). Antara hari yang menjadi kegemaran para pelajar ialah hari Rabu dan Jumaat. Makanan Barat seperti Burger, Chicken Chop dan Spagetti Bolognese akan dihidangkan pada hari Rabu manakala nasi lemak ditawarkan pada pagi Jumaat.
pool basket
Kemudahan rekreasi di KYUEM pula tersangat bagus. Kolam renang bersaiz olimpik, padang bola bertaraf dunia yang dijaga rapi setiap hari, gelanggang tenis dan bola tampar yang lapang, Multi Purpose Hall (MPH) yang luas dan menempatkan 3 gelanggang badminton, 4 meja ping pong, 2 gelanggang squash dan sebuah gymnasium ; kesemuanya disediakan untuk digunakan oleh para pelajar tanpa caj. Malahan, peralatan untuk bersukan seperti raket badminton, squash dan tenis serta bat ping pong dan bola-bola seperti bola sepak, bola tampar dan bola keranjang turut disediakan kepada para pelajar. Mungkin atas sebab itulah pelajar KYUEM ramai yang sihat-sihat belaka. (sihat yang bagaimana tu ye?)
mph
Para pelajar di KYUEM secara umumnya diwakili oleh dua badan besar iaitu Student Council (SC) dan juga Musolla Committee (MUSCOM).SC mewakili pelajar secara keseluruhannya selain menganjurkan aktiviti-aktiviti di KYUEM sekurang-kurangnya sebulan sekali manakala MUSCOM menjadi suara pelajar Muslim di samping menyusun program-program dakwah dan tarbiyah di KYUEM. Surau As Saad sentiasa makmur dengan program-program MUSCOM yang tidak putus-putus.
surau
Antara aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh SC untuk pelajar KYUEM ialah Health Awareness Week, Cultural Night, Bangsawan, College Birthday dan Students’ Dinner. Aktiviti-aktiviti tersebut telah Berjaya untuk merapatkan hubungan sesame pelajar maka atas sebab itulah biasanya seorang pelajar KYUEM akan mengenali hampir kesemua pelajar yang lain yang berjumlah lebih daripada 400 orang.
ican
drama
HAW
Kenapa KYUEM?
Saya secara peribadi memang mempunyai pelbagai kenangan di KYUEM yang manis-manis. Dan pahit-pahit juga.
Di KYUEMlah saya mula mengenali perwatakan kaum Hawa (sebab dulu saya dari sekolah lelaki sahaja dan tiada kawan di rumah kerana asyik berpindah randah).
Di KYUEMlah saya mula mengenali realiti kehidupan.
Realiti manusia.
Yang pelbagai latar belakangnya.
Yang warna-warni cara hidupnya.
Di KYUEMlah saya mula merasakan bahawa Islam itu adalah Deen.
Islam itu adalah cara hidup.
Dan betapa rendahnya ilmu dan amal saya.
way of life
Selain itu, ukhuwwah yang terbit daripada suasana kolej itu juga sangat-sangat berbekas sehingga ke hari ini. Masakan tidak, KYUEM terletak jauh daripada kehidupan manusia lain. Pekan terdekat ialah Tg Malim, yang terletak 12km dari kolej. Nak keluar pula perlu dengan kebenaran housemaster. Perlu tempah kereta lagi.
Maka pilihan yang biasanya dibuat oleh pelajar KYUEM ialah untuk tinggal sahaja di KYUEM bersama-sama kawan-kawan. Makan sahaja makanan di Dining Hall. Kalau tak cukup, beli sahaja di Cafeteria. Tak perlu keluar, sebab tidak berbaloi.
Suasana ini jugalah yang menyebabkan saya kurang terganggu dengan godaan-godaan dunia seperti panggung wayang dan shopping complex yang melata di tengah-tengah kota. Maka belajar menjadi priority yang agak mudah untuk diberikan perhatian.
kyuem1 kyuem2 kyuem3 kyuem4
Oleh sebab itu, tidak hairanlah pencapaian akademik KYUEM adalah sangat-sangat membanggakan. Setiap tahun, mesti ada pelajar KYUEM yang akan mendapat anugerah Top In The World ataupun Top In Malaysia bagi sesetengah subjek CIE A Level. Contohnya pada tahun 2007, Muadz yang kini belajar di Royal College of Surgeon Ireland pernah dianugerahkan Top In The World bagi subjek Mathematics dan Mohd Faiz Ahmad Nazlan serta Samsul Juwait yang kini berada di Universiti of Warwick masing-masing telah dinobatkan sebagai Top In Malaysia dalam subjek Accounting dan Computing. Kemasukan pelajar KYUEM ke university-universiti terkemuka dunia seperti Oxford, Cambridge, LSE, UCL, Imperial dan Warwick juga adalah sangat tinggi.



Top In The World A Level 2008 - History & Accounting
Akhir kata, jika anda telah mendapat tawaran untuk belajar A Level di KYUEM, janganlah lepaskan peluang ini untuk merasai pengalaman hidup yang akan berbekas dalam diri anda. Dan bagi yang mempertimbangkan untuk datang ke KYUEM ataupun tidak, saya yakin RM60,000 yang dibelanjakan untuk pendidikan dan hidup di KYUEM adalah berbaloi. Sangat berbaloi.
Wallahu’alam.


p/s: thanks seniors, credit to mr Akmal Amri and sist Norain Ishak =)
(This is a "copy and paste" info. tq)

Please PACK your knives and GO!


::ASSALAMUALAIKUM::

Mood: sleepy, going to bed drastically after this.
Music: Don't want miss a Thing by Aerosmith

Oh yaa, blog was under construction this afternoon, evening and it turned up as you guys see it now. Kelihatan smakin childish, because I don't want to grow up.. uhuk3.. More colourful isn't it? hahaha~

So, the title is mainly about?? Being 7 months and more at home forced me to become a fanatic, 'stay tuner' of television. It is an unhealthy 'sports' which the activity was sitting down on the couch, grab a remote, hold some munchies, focusing on the tv screen. Gotcha! Then, it become a favourite 'sports' of mine. LOL. Well, today's post is about one of my "must watch" show. And it is called TOP CHEF . (penah dengo? penah?) Dah ber'seasons' dah mende ni, dan pencoret tak penah terlepas satu pon.. Best taw. For those who interested on cooking, food, and challenges, you guys are most welcome to watch this show.



TOP CHEF information
1. On Diva Universal which is on channel 702
2. Host: Padma Lashkmi
3. Judges: Tom Coliccchio, Gail Simmons, Ted Allen
4. Participate by 15 chefs all over the contries
5. Each episodes will have the Quickfire challenge and the elimination challenge
6. It is on air at 7.00p.m and 12a.m on the next day (the same episode)
7. Rocco Di Spirito, Martha Stewart, Timm Gun, and more celebrity chefs were invited as the guest judges on every episode.

If I have to rate this show, 5 stars for sure. Seriously, it is a reality show, but contains lot of beneficial stuff. Especially for those yang nak jadi suri rumah tangga yang berkaliber (excellent domestic engineer) macam I.. hahaha~ Abaikan pesanan penaja.

Hung Huyhn was the Top Chef season 3, definitely an awesome chef. Pencoret jatuh cinta pada beliau slama 2 minggu. Bravo! Bravo! (*applause)

Spike Mendelsohn, contestant of Top Chef season 4. Tak menang tapi hemsem,, err,, *pitam kejap. 

p/s: Chefs pon hensem2 skang neh, bagus btol. Nak cari husband kawan yang kejenye chef laa,, senang nak usha makanan free.. hehehehe =D

Wednesday, June 15, 2011

sedu-sedan


Tiba-tiba tersedu, faham dop? SEDU. Orang kelantan panggil sed'du.! haha~ Selalunya babies jerr yang sedu-sedu ni, sebab orang lama-lama cakap (kepercayaan dahulu kala) 'sedu' ni sebab the babies tu nak membesar!

Maser I dop tengop TV tadi, sinetron Amanah Dalam Cinta hehehe, tber-tber jer tersedu la plak! My mom cakap, klu minum full glass of plain water nanty ilang, so, I b'gegas laa pegi minum air masak tersebut. And yess, the sedu was flown away! (baguih gop petua org lama ni ek?) 

Then I asked my mom, "naper Afa sedu umi?" my mom said... dengan selambanyer.. "Nop besar lah tuu.." And I was like??? Besar?? What the chicken? No, no, nehi, nehi!!!! I ran to the kitchen again, I drank the water again and again, hampir hbes segeleng kowt air pencoret telan.. (errr,,, air guna telan ke?) My mom then b'tempik, "Buat aper tu???? Hbes smpai air, pastu susah kena tadah air lg!" 

Grrrr... "tak moh besa, skang neh pom besa doh aper??" then, my mom burst with her laugh.. "Minum ahhh banyop2 air tu,, nanti tadah balik yer!" Ade ke nyer gelak kan I... huh... 

p/s: adekah "besar" tu including the heights? Owwwwhhh, saya mahu tinggi lagi! Setinggi awan! (okey, hiperbola yang melampau)

Tuesday, June 14, 2011

My First ATTEMPT =D


Mood: "eager" yeahhh!
Music: Hey Soul Sister by Train

Accompanied my grandma to the hospital this morning, for her chemotherapy session. Alhamdulillah, everything went just fine! Will be 'visiting' the hospital very frequent for a month, I guess. =)

Okay, today's activity was simple. I had made brownies! It turned out very well as I never bake before. I had a slight prob at first, as I couldn't find the cocoa! So, I rushed  to the nearby grocery and bought a small packet of Van Houten. Lucky me! hahaha~

As this was my first attempt, I am so delighted to share lots of pictures!
When I said "My first ATTEMPT", I clearly notified me as the maker! Only me! hehe~



these were the pics during the prep! Make sure your station is clear after the prep okay!



After 45 mins of baking, yes, it's done!
Actually I made my own topping, I didn't do the recipe's frosting. Maybe some other time. =)

(gambo x clear, sorry) I made double boiled for the topping there!


Lighting was bad! Seriously! I think I should get a new cam, perhaps Sony DSC-T200? hehe, that's way too ngade!

Beautiful props,, so bad for the lighting..

Here is the recipe! In case, you want to try your own! ^_^

Ingredients

  • 1 1/2 cups white sugar
  • 1 1/2 cups butter, softened
  • 4 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 1 3/4 cups all-purpose flour
  • 1 cup unsweetened cocoa powder
  •  
  • 6 (1 ounce) squares semisweet chocolate
  • 2 tablespoons butter


For more cake recipes

::THE END::