Wah wah kemaen ada part 1 bagai,

Semalam yakni pada waktu malam hari sebelumnya,
diri ini terfikir untuk stay up sahaja sehingga sahur oleh sebab badan tidak menunjukkan simptom-simptom untuk tidur. Lantas, dalam keadaan yang gelap dan hening, tangan menekan butang play pada tv untuk menonton 'Hansel and Gretel the witch hunters'..
Namun malangnya, fikiran lebih banyak melayang berbanding fokus pada cerita di hadapan yang mempunyai unsur 'action' yang sangat dasyat...
Dulu, sewaktu berumur 7 tahun, aku adik dan abang selalu berjaga malam di bulan Ramadan. Kerana percayakan kata nenek dan datuk "Bulan Puasa, syaitan iblis semua kena rantai, jadi takdela mende nak kacau demo semuaenye.." kami kanak-kanak sekalian tiba-tiba menjadi berani yang tidak semena di bulan Ramadan. Pada suatu malam, kami bertiga berbaring di common room di tingkat 2. Berbual-bual mengenai kartun menjadi kelaziman. Membincangkan perihal bagaimana Bulma si gila-gila boleh terkahwin dengan Bezita yang serius? Serta adakah Trunks sebaya dengan Goten? Dan mengenai betapa meluatnya aku melihat perilaku Hikari yang lembik ingin meraih perhatian Daisuke dan Takeru dalam Digimon serta betapa cantiknya gym leader Celadon City yang bernama Erika.. Semua isu inin adalah serius bagi kami..
Dan sewaktu satu pertiga malam tersebut, si abang telah mencadangkan agar kami semua tidur di balcony. Balcony kami bukanlah balcony yang proper kerana tidak mempunyai penghadang dan agak kotor berpasiran dan open air. Tanpa menunggu persetujuan majoriti, si abang telah membuka pintu balcony yang maha susah untuk dibuka dengan gigihnya.. Setelah berjaya membuka pintu tersebut, aku dan si adik diarahkan untuk memunggah toto dan bantal-bantal.. Kami menghamparkan toto lalu berbaring memandang langit. Subhanallah, masih teringat betapa cantiknya langit pada waktu itu dihiasi dengan bintang-bintang.. Even kanak-kanak pun sudah memahami erti keindahan ciptaan Allah.
Kami bertiga meneruskan perbincangan kami di luar rumah di atas balcony tersebut dengan bertemankan udara yang sumpah sejuk tapi nyaman... Siap pasang lagu raya lagi wahahaha.. Kalau bukan bulan Ramadan, mana mungkin kami berani untuk berada di luar rumah semalam... Dan kami berjaga sehinggalah waktu sahur. Sebelum Inche Abah datang mengejutkan kami, kami telah bersiap2 packing dan masuk ke dalam rumah serta berpura-pura tidur di tempat yang sepatutnya.. Manakan tidak, kalau rahsia kami berjaga diketahui Puan Umi, sudah tentu beliau menggunakan specialty beliau dalam memberi nasihat yang membina secara bertubi-tubi...
Dan dengan itu, kami semua ke sekolah dengan wajah yang kuyu dan tidak bermaya. Rakan-rakan sedarjah sudah pasti menyangkakan bahawasanya kami penat berpuasa....


