After seminggu kat rumah for study week,, wlaupun bukanlah 'study week' sangat pun. Non-stop next week aq akan berhadapan dengan sem-exam. My first sem-exam. Don't give up before berjuang. Watever the result is, aq takkan sdeyh (mcam dah dpat jer gambaran nyer camne kan...) dan aq takkan compare dengan orang len.. Sbb aq tak taw efforts orang len, tapi aq taw efforts aq. Chill =P
Bak kata Kak Miera, "seteruk mana pun result korang, move on jerr, xder laa sampai xleh hidop bagai, nak mati, nak kuar kolej.. Buat jerrr."
Malas ahhh nak bermadah-madah panjang neh, especially nanti naek bas malam ni, mesti bebudak se-Ky ngan aq mention, "Aq xsentuh buku lansung doewww!", "Eleh, rilek rrr,,, aq pon tak kiasu gak", "Balik Ky kter kiasu laaa", "Ehhh,,, takowtnyerrr banyak lagi tak tahu niii...".
Percayalah korang, yang berkata sebegitu adalah mereka yang dah habis 4-5 kali hafal buku sudah.
Jangan terpedaya.
Hidup tak terhenti dengan penyesalan.. (Apsal aq epik semacam neh?)
Gambo Masjid kat depan rumah. (gambo diamik menerusi tingkap bilik Kak Cik) Tempat aq membesar, bermain hide&seek, tempat berterawih, tempat solat, tempat bermain beskal... Balik Ky mesti rindu masjid.... uhuk3....
Oh ya, semalam aq bersemangat dengar khutbah Jumaat, (melalui tingkap bilik jerr )
Imam ada memetik ayat dari surah Al Ahzab:72

Sahih International
Indeed, we offered the Trust to the heavens and the earth and the mountains, and they declined to bear it and feared it; but man [undertook to] bear it. Indeed, he was unjust and ignorant.Malay
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. Banyaklaa lagi yang beliau explain, but the keyword is there, "Sesape yang pegang amanah, peliharalah ia sebaek mungkin, sebab semua amanah tersebut akan disoal di Padang Mahsyar kelak". Best doeee cter Ustaz ni kongsikan.. Tapi aq xpandai nak cter kan balik. Sorry adek kakak sekalian.
(Rahsia: Aq ngan Husna penah stay kat tempat solat muslimat di Ky, masa solat jumaat. Sebab nak dengar khutbah drpd Ustaz Malikie. Secret taw, jangan bagi taw org len! Shuhhhhh)
Bas pukul 9.30 malam ni ke Tanjung Malim
Doakan selamat pergi dan sampai yer =)
Bismillah,....
No comments:
Post a Comment