Monday, July 29, 2013

Krik krik

This was from a person I know, 
And she is probably reading this too.
I am not remember how she put this in the exact words and tone.
So, pardon me.

"Kalau nak, buat! Kalau tak nak, toksoh. Jangang dok bagi alasang."

Oh, maybe I add a bit.
Yes, she is from Ganu.

Will you merry me?

Ini random. 


Ramai nya orang-orang nak kahwin bulan Syawal ni. Ohoi~
Daripada batchmate hinggalah kepada senior-senior.
Barakallah. Terima kasih kepada yang sudi jemput.

Baru dengar berita pasal walimah urus Kak Nab and Abang Jemi.
Wah wah wah
Tahniah both of you.

Oh, Kak Piya and Abang Syakir dah dapat baby.
Comel giloss. 
Tahniah juga =)

Nampaknya agak ramai seniors batch 0206 memilih ahli batchmates sendiri sebagai pasangan hidup.
Kalau dah jodoh~ Ustaz Kazim Elias. Pehal, tetiba.

Saturday, July 27, 2013

17 Ramadan

Mak aihhh dah hari ke 17 dah weh berpuasa...
Masyaallah, sekojap jer...

Hari nie, hari yang sangat sibuk. Since pagi lagi aku dah menyimpan bilik yang tak nampak macam bilik, yer laa, baju dan kain bersepah di atas lantai. Alkisahnya, nak donate those baju yang still elok lagi kat this event yang dianjurkan oleh senior sekolah dulu, nama projek nye Baju Rayo Kito. Tu pun nampak banner kat timeline fb, kalau tak memang tak tahu pun. Tapi sumpah cool gila sebab dorang dapat kumpul beribu kot baju-baju. Tahniah!

Ni gambar pangkalan kutip baju kat Masjid Kubang Kerian.
Eh ni bukan gambar aku. Curik kat FbTibang. Tak salah kan.

Siap-siap packing baju kurung semua, letak dalam plastik. Aku ni pesen penyayang sikit. Baju kurung aku dari aku darjah lima sampai skang masih ada dalam almari. Tadi umi suruh kutip dema ja semua. Hoi, susah susah semua ada sentimental value gitu... (Banyak lah sentimental value)

Umi: Amik lah baju kurung biru tu bagi kat charity tuh. (merujuk baju favorite aku sepanjang zaman)
Me: Tapi sayang lah yang tu. Afa pakai lagi even kat Ky pon.
Umi: Baju rayo form 1 lagi kea? tiap kali umi mari sekolah hari Jumaat mesti Afa pakai baju tuh.
Me: Yakk berigak. =.=

Well, people said, the things that you would like to give to other people must be the thing that you love the most, not the one that you do not want anymore. So, I gave up the baju kurung. Thank you for berbakti to me for eight years. I love you.

And after that, terus pergi bantu projek Sebungkus Kuih Ramadan anjuran mahasiswa/mahasiswi Uk, Eire yang dari Kelate. Kami start packing those kuih pukul 3 and agihkan after Asar. Seronok lah! Enjoy buat kerja ramai-ramai nih. Macam-macam doa dapat from the people whom we gave the kuih. Alhamdulillah.
Aku agihkan sekitar Pasar Besar Siti Khadijah. The most exciting part was when you put the kuih senyap-senyap kat tepi homeless pakcik/makcik yang tengah tidur di lantai simen beralaskan surat khabar. I felt like Santa Claus. Seriyes tak tipu.

Kuih-kuih yang bakal diagihkan

Geng-geng Kelate. 
So, hopefully I can join more event yang macam ni. Baru tak bosan hidup. Ni asyik duduk kat rumah bergaduh dengan adik. Eh.

p/s: Monn, aku copy paste gambar mu. Halalkan deh. ;P

Wednesday, July 24, 2013

Woman will be woman

Setiap hari, sebelum amik kunci kereta dekat papan kunci, jauh merenung kunci kereta yang tersusun, nak drive Gen 2 or Kancil.. 

Umi: Afa naik kancil la kecil sikit.
Me: Meme suko naik kancil pun.

Frankly speaking, I prefer driving kancil (manual) more than Gen 2 (Auto). Why? Just because usually, Kancil's fuel is long lasting and the size is small, so, I can easily get a parking space. But somehow today, I was about to go to Post Office and Kema's house, then my Umi called to pick her up at school. I already sat in the kancil. Then I realized, "Weyhh, pahal minyak tak dop ni.... Semalam baru isi... Sob3" And tak payah teka, ni memang Abangman punya kerja.. (Tapi memang Kancil tu kereta dia pon).

So, dengan jam di tangan sudah lambat dari waktu yang sepatutnya, dan perasaan malas nak pergi stesen minyak, aku berlari mengambil kunci kereta Gen2. Entah kenapa banyak sangat berfikir tentang surat yang kena hantar secepat mungkin, accomodation booking tak settle lagi dan dah janji dengan Kema akan sampai rumah dia pukul 2, 

"ZAPPP!"

Oh no! Oh no! OMG! Abahhhhhhhhhh! (walaupun abah tak da kat rumah)
Sisi kereta dah terlanggar tepi pagar. Dem dem dem... Istighfar Syifa... Ah, mati aku, mati aku, mati aku.
Keluar dari kereta, tengok-tengok tepi kereta dah tercalar memnampakkan garisan panjang. Waaa....
Rekod memandu aku yang bersih selama tiga tahun telah dirobek-robek di pangkalan rumah sendiri.

Tak tahu nak bagitahu siapa, buat muka rilek walaupun cuak yang teramat sebenarnya, dan proceed ke sekolah umi... Laporkan berita kat umi, "Umi oyak doh kea, guna kancil.. Tu laa, dop dengar sangat"
On your face Syifa. 

Balik dari rumah kawan dengan Kema,  semua kereta abah, abang-abang dah ada di rumah... Ni lah dia, masa untuk melaporkan berita malang kepada bos-bos besar. Bos-bos besar di rumah adalah orang-orang yang sangat sensitif pasal kereta, kereta merupakan bayi mereka yakni Abah, AbangMan dan Aboy. Nampak abah di ruang tamu, dengan muka seposen, perlahan jer langkah menuju ke Abah.

"Abah, Afa tepuh pagar tadi"
Abah mengangkat muka dari fon beliau.
"Hah, pahtu? Kemik ko? Tepuh mano?"
Aku membalas lagi,
"Dop kemik, calar jah. Tadi maso nok tubik amik Umi"

Dengan pantas Abah ke halaman rumah untuk memeriksa kecederaan pada 'bayi'nya.
Aku pula dengan pantas berlari ke tingkat atas bagi menyembunyikan perasaan bersalah.
Dalam hati berkira-kira, patutkah aku berbuka puasa dengan air kosong sahaja di dalam bilik pada hari ini? Hahh gituuu... Bersalah sungguh perasaannya..

Tapi aku turun juga ke dapur menolong umi menyiapkan sajian berbuka puasa.
Selepas berbuka, Umi membuat announcement di meja makan mengenai kejadian yang berlaku.
Abangman sudah bersorak girang mendengar berita tersebut untuk menyakitkan hati aku. Manakala adik lelaki sudah pun tersengih seperti kerang busuk meraikan kecuaian aku. Abah pun berkata, "Ala, sikit jah calarnyo" Aku akhirnya menurunkan siku membuat isyarat "YES!" abah tak marah. hahahahahaha

Seterer-terer perempuan memandu kereta, terer tersebut hanyalah 15% sahaja skil memandu si lelaki. Dan untuk puasa kali ini, aku terpaksa hidup dengan abang-abang yang annoying dan adik lelaki yang suka membuli aku. Kakakku di rumah beliau manakala adik perempuan pula di kolej. Terpaksa lah aku malayan kerenah anak-anak teruna yang pelik di rumah.

"Afa, basuh pinggan Abangman!"
"Afa gi isi minyak kereta nuh!"
"Kakfa, adik nak air bandung!"
"Kakfa, adik pulok nak main ipad!"

Huh.